16.8.11

Kenapa datang lagi

tiba-tiba sebak..
kenapa jiwa aku tak tenang. aku lupa Tuhan ke?
kenapa aku rasa runsing. padahal aku tak banyak benda untuk difikirkan.

aku rindukan seseorang. seseorang yang pernah menggigit hati ini.
menelan cebisan itu menjadi sebahagian dari dirinya.
bila aku sayang dan sanggup berkorban untuk dia. semua nampak mudah.

sesekali aku terkenang, cebisan hati aku menangis. sepatutnya ini tidak berlaku.
aku cuba sedaya upaya mengukir kembali hati yang digigit. tidak seperti asalnya.
warnanya tidak merah, bentuknya tidak cantik, cebisan yang meninggalkan kenangan.
kenangan yang manis tapi pahit untuk dikenang.

Busy

dah lama aku tak menulis. sekarang ni pula aku busy sangat
dengan kerja. al maklumlah orang penting dalam kerajaan.

kahkahkah..

tapi benar aku memang busy. dan aku curi-curi untuk menulis lagi.
kerana aku perlu tulis. mana lagi tempat untuk aku luahkan isi buku roti  hati.

15.8.11

Kembali..

otak aku dah macam line 3G selkom. lembab, sangkut-sangkut, sekejap timbul sekejap tenggelam.
line 3G selkom memang shit!!

ok. bukan nak cerita pasal line selkom. cerita pasal otak aku.

otak aku dah lama tak basuh. lama dah. selama mana yang korang ikut baca blog aku
selama itulah otak aku tak basuh. kenapa?
.
.
.
.
.
woi aku tak ada idea nak tulislah!!