28.11.11

Sunway Pyramid Giza

3 days sale di Padini concept store @ sunway pyramid. Panjang q kat kaunter bayaran boleh buat aku terberak, lapar, makan berak balik.

24.11.11

23.11.11

ada yang fikir aku terburu buru inginkan perhubungan. mungkin ya.
tapi jawapannya hanya ada pada aku. setakat dengar kata orang,
memang sampai bila bila aku jadi lonely. sedih.

cik leen kata, aku kena belajar lupakan kisah lama sama
macam chris martin kata. the hardest part is to let go.

27hb ni zaed bertunang. tunang dia leen. aku dengan zaed ni dah macam adik
beradik. tapi aku tak nak jadi adik. aku nak jadi abang. sebenarnya aku tak nak
jadi abang dia pun. aku hanya nak jadi kawan dia yang banyak masa kami habis bersama.
lima tahun duduk bersama, mungkin enam.

kali pertama aku jumpa zaed aku jatuh cinta. tapi hubungan kami terhalang kerana
hukum alam. ambiga lambat sangat buat perhimpunan __________ . *sarcas haha.

sebenarnya aku gembira kawan aku ni dah bertunang. bukan senang nak jaga
zaed ni. sengal tahap gaban. kepala bana jangan diuji. anak dara orang habis diratah.

akhir kata, jaga anak perempuan anda zaed.




"malam ni nak buat ape sayang? kita buat benda yang boleh panaskan badan nak?"


adios..hehehe

18.11.11

Just Ignore

apa masalahnya kau ni lam. jangan emo sangat. bukan orang lain tak nampak kau.
kau besar apa. setakat hal macam tu. don't get carried away la.
tak ada masalah kau nak luah perasaan. tapi biarlah habis di situ saja.
tak guna juga kau nak berasa dendam atau tak berapa puas hati pun.
benda tu semua akan jejaskan kau juga.

kau kerja pun kuat sangat. overtime hari-hari. hari minggu pergi kelas.
balik rumah tidur. esok pergi shopping. macam mana tak habis duit kau tu.
kalau kau belanja aku makan pun tak salah. aku tak demand. subway pun ok.
tapi kalau kau tak belanja pun tak apa. aku makan apa yang ada kat situ.

kesimpulannya, jangan anggap orang lain jahat. anggap yang jahat tu orang yang
jahat macam bunuh orang sebab nak ragut atau yang rogol lepas tu bunuh lepas tu rogol balik.
gila betul.

ok lam. chill ok.

adios.

15.11.11

Ahad

rindu pula aku. aduh. dah lama tak rasa macam ni.
rasa macam nak pergi sana. saja lepak buang masa
sambil kau pandang aku, aku pandang kau. tapi aku nak
order kopi dulu. sebab aku tak puas kopi yang aku dapat hari tu.

ok. aku tak tau dari mana aku dapat tulis ayat macam di atas tu.
jari aku yang bergerak sendiri.

sekarang aku excited. semenjak seminggu dua ni aku
tak sabar nak tunggu weekend dan gaji. sebab kalau weekend
tanpa gaji pun tak guna juga seperti court room besar gajah tapi takde kes nak jalan.

sejak aku kenali dan cuba mengenali, semakin aku lupa sakit selama
ini, semakin aku mula mengubah haluan hidup aku. aku mula tak ambil
peduli tentang kawan kawan aku yang hisap rokok yang mana memang aku tak
pernah ambil peduli.

cara kau memang tak menarik. aku tak dapat nak bermesra mesra dengan kau.
tapi aku tahu kau sengaja tunggu sehingga aku gersang.

sial!! aku bukan nak tulis cerita lucah.

ahh! aku dah tak betul. aku suka.

tak sabar ahad ni!!



I can't wait to meet you panda

3.11.11

hai..

pada kiraan aku dah lima kali kita keluar. sekali pun tak pernah aku
terkentut depan kau. malu la kalau kentut depan awek.
kalau nak kentut aku tahan sampai balik rumah baru lepas
tepi tangga. siapa yang duduk belakang aku memang masak la
kena penangan angin berperisa.

ok intro aku macam ___________
kome isi le kat ruang kosong tu.

bermula dari satu pembohongan. aku buat-buat malu untuk minta
nombor telefon dari kau sehingga akhirnya kau yang beri sendiri. ini kelakar.
sampai mati pun aku tak lupa. kau kata aku pemalu. hahaha. sekarang baru kau tahu.
terima kasih bain sengal.


"hai..iza kan?.."
"taklah..izzah nama saya"
"tapi iza lagi senang"
"tapi ejaan saya izzah"
"sama je bunyi dia"
"yelah ikut suka awaklah"
"awak nak saya ke tak?."
"nak!..nak!..nak!.."
sah dua yang terakhir tu aku reka..kahkahkah!






dan still ongoing after 3 months.
satu perkembangan baik.

Matang.

pada pandangan orang lain aku tak matang.
dari pandangan aku orang yang pandang aku tak matang yang tak matang.

aku pun pening tulis macam ni.

aku tak kisah pandangan orang terhadap aku. aku cuba untuk
perbaiki jadi lebih baik.
pada aku seseorang dianggap matang apabila dia membuat keputusan
atau menangani sesuatu masalah dengan matang. banyak sungguh matang dalam
post kali ini.

cuma bila orang kata aku tak matang dari pandangan peribadi dia buatkan aku rasa
tak berapa tepat. kita hidup dengan jiwa jiwa lain disisi dan sekeliling kita.
masing-masing memerhatikan dan mentafsir setiap gerak geri perbuatan kita.
it's a human thing. dah memang ada dalam diri kita.

matang bukanlah atas paras rupa atau had umur.

post kali ini hanyalah pandangan aku terhadap pandangan orang terhadap aku
yang aku rasa agak kurang tepat. macam mana kita boleh tahu seseorang itu
matang atau tak dengan hanya pendapat peribadi yang berdasarkan ape?
perangai?percakapan?perbuatan?kerja? cuba explain.

selamat menyambut hari raya aidiladha.