29.12.11

budaya ekonomi yang dah tak boleh pakai

tun mahathir mantan perdana menteri ke 4 Malaysia.
dia memang hebat waktu jadi PM dulu. macam-macam tun buat untuk
naikkan nama negara. bina litar formula one kelas AAA. idea menara
berkembar petronas. tukar langkawi dari kawasan kepulauan yang 'lame'
kepada hot stuff. bina putrajaya untuk jadikan ibu pejabat pentadbiran negara.
semuanya bagus-bagus belaka.

tapi ada satu yang kena berubah...budaya ekonomi.
bila terciptanya proton, semua harga kereta import dikenakan chukai yang
nak haram tinggi. harga kereta proton pulak mahal. kononnya nak standard
dengan kereta-kereta import. kualiti?...

sampai sekarang tak banyak yang berubah. proton tunggu bertahun-tahun baru nak
keluar model baru. kalau yang terbaik pun model inspira. kenapa inspira? kalau kau orang
tak tahu kau orang pun sama macam proton. tapi aku bukan nak kondem proton kat sini.
sebab aku pun pakai perodua. nampak beza tu..hehe..

aku geram sebab budaya ekonomi yang zaman dulu tu dah lapuk. sekarang ni zaman
2012. ipad dah masuk. iphone 4Gs dah jual. internet laju 6Mbps dengan fiber optik.
Mcd merata-merata. Lagu-lagu indie berlambak macam cendawan tumbuh lepas hujan.

cuma bila sampai ke kenderaan beroda seperti kereta dan motorsikal semuanya hampeh.
kereta dulu-dulu guna kaburetor. kuat makan minyak. tak ada power stering. absorber
macam kayu. lepas tu keluar kereta dengan fuel injection. minyak jimat dan power stering.
drive pun sedap je. sekarang kereta hybrid. guna sikit minyak selebihnya elektrik.
hanya perlu cas. minyak jimat. alam sekitar terjaga sebab enjin motor elektrik dan ringan.

TAPI bila jual kat Malaysia...harga 40k jadi 60k..APA KEJADAHNYA!
dengan cukai, duti eksais, dokumentasi..kepala bana!

aku minat motorsikal terutama motorsikal kuasa besar. aku nak beli satu.
yamaha FZ6R harga di luar convert duit kita baru 27k-30k
bila aku check duti dan cukai harga jadi 50k-60k.
PIG!


motor lawa macam ni, 600cc dengan harga 30k memang berbaloi...kalau ko duduk kat thailand
atau indonesia boleh la.hmmm...nasib nasib...




tapi aku tak la target tinggi macam tu. biar la realistik.
aku cuma budget 10k. dapat la motorsikal hodoh yang ada aku post sebelum ni.(yamaha fz150i)
tak cukup dengan motorsikal kat atas tu ada satu lagi motorsikal tahun 2011 yang cun.



yamaha fz-s, 153cc. kalau nak banding dengan adik dia
yamaha fz 150i, umpama harimau bintang dengan pig.



sorry..bukan nak kutuk sapa-sapa cuma kenapa di malaysia kita ni kena cutoff.
terhad sangat pilihan. tunggu sampai pencen pun belum dapat. kalau bapak kaya
macam bapak zaed tak apa la.

oww lupa motor yamaha fz-s tu cuma ada di INDIA. try la google.
Shit-kan? Dia orang dapat yang bagus bagus. kita dapat...yang buruk rupa.
budaya ekonomi India lagi bagus ke??? tak pun..tapi apa yang kita dapat?
nama je negara maju...

so please la tukar sikit polisi. nak harap modenas, proton, perodua...
hmmm kalau zaed tak ape la
bapak dia kaya...haisshh...

beli motorsikal..

salah satu rancangan lapan (8) tahun aku adalah memiliki motorsikal
berkapasiti besar atau kalau enjin tak besar body nampak macam
motorsikal besar pun bolehlah. hahaha. ok tak lawak.





motor ini ke..yamaha yzf-r15


tapi dekat malaysia yang dia orang bagi
yamah fz 150i kat bawah ni. rupa macam haram. enjin sama.
bodoh punya marketing strategi.

motor hodoh nak mampus! pig pig pig!



atau kawasaki ninja 250 ini. kalau aku beli lebur simpanan 20k aku.
kahwin...hmmm lambat lagi la..




atau honda cbr 250. 20k jugak.



kalau yamaha tadi baru 8k sebab enjin dia 150 je.
aku memang minat motor-motor besar cuma poket aku agak tak berapa nak besar.
kalau buat loan...hmmm...mampus.
by the way kalau kau orang nak tahu motorsikal yzf-r15 kat atas tu
hanya di jual dan di buat di India. Shit!



ps: zaed suruh aku beli ducati. bapak dia kaya tokey felda boleh la.
nak tukar minyak hitam pun kena kumpul gaji 2 bulan. shit!


gambar-gambar yang awesome tu di petik dari google images

15.12.11

Rancangan Lapan (8) Tahun

aku dah berumur 24 tahun. lagi 2 bulan tambah 1 tahun lagi.
baru aku sedar yang sejak dari sekolah aku tak ada rancang hidup aku. sedih.
sekarang aku nak berubah. jadi aku buat rancangan lapan tahun.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

14.12.11

world of our own

makan malam untuk mahkamah semalam keseluruhannya best la. walaupun
banjir kilat yang menyebabkan aku terpaksa pusing ikut kampung baru yang
mana kemungkinan banjir namun sempat juga aku sampai sebab aku bijak.
yup aku memang bijak.

acara sepatutnya bermula pada pukul 8 malam tapi disebabkan banjir
ramai yang lewat sampai. kata bos kita kena tunggu sekejap sehingga 830
malam. pada aku ok la kalau nak tunggu tapi boleh makan dulu tak? lapar ni.

jam pukul lapan tiga puluh dua malam dan masih belum mula. aku mengetuk meja
dengan jari. tik..tik..tik..sampai pukul sembilan baru mula. hurmm.

tajuk aku tu tak ada kena mengena dengan intro aku tu. ok.

world of our own. aku dapat idea ini dinner semalam.
terus terang aku kata ramai yang pakai ikut tema walaupun kena sipi sipi.
macam aku. haha.

tapi aku terlintas fikiran apabila aku nampak kawan aku memakai baju
zorro. dia perempuan. so what? memang la. aku tak kata perempuan tak boleh pakai baju
zorro. tapi dalam banyak banyak kostum kenapa dia pilih zorro? sebab dia nak menang.

aku cuma nak cakap, kawan kawan yang aku kenal di mahkamah pada malam tu
memang world of their own. ada yang pakai misai jesse james. red indian ladies siap ada lembing.
kawan aku zorro a.k.a. zack comot. hahaha memang best.

aku? aku tak pakai pun topi yang kak hani bagi pinjam. malas sebab aku lebih fokuskan
pada  bahgian makanan. contohnya nak makan kambing bakar udang bakar. sup cendawan masin.
salad. air oren. tak ada desert??? agar agar dengan buah tembikai je. ok lah. atleast ada.

apa pun semalam boleh dikatakan best.



ps: ada yang pakai macam nak pergi tepi pantai. tanya farah redzuan. adioss..

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR DINNER MAHKAMAH K.L.

13.12.11

lawatan sambil belajar ke cameroon highland#2

sambung dari hari tu.

"kata nak upload minggu lepas tapi hari ni baru naik"

aku dah upload dari minggu lepas. baru naik hari ni. ok.



























maaf tak ada caption. aku malas nak tulis sebab aku nak makan
ketiaw goreng. bye.



8.12.11

alien nation

tadi aku blur jap. tak tau nak makan apa tengah hari ni.
aku rasa nak makan masakan panas. maybe nasi goreng.
lima meter dari kedai nasi goreng aku nampak
ramai orang. tapi orang yang paling aku nampak ialah lam.
sebab dia...sebab dia lam. dia femes tak macam aku.

sampai depan kedai aku nampak seorang gadis. kawan aku. kawan lama.
kawan yang ada dalam cerita kat blog ini sebelum-sebelum ini.
dia dengan kawan-kawan dia yang aku kenal. aku pandang dia,
dia tak nampak. dia tak pandang aku ke? aku tak tahulah.

nak tegur tapi nampak macam tak dipeduli.
kalau tegur mungkin kena perli. itu biasa. memang biasa dia perli aku.
asal ada soalan yang aku tanya. jawapan yang diberi adalah tiada
kena mengena.





kau siapa? siapa pun tak kenal.





aku ke yang silap tak tegur. tapi aku cuba nak tegur
cuma mereka nampak macam...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


...nampak macam tak pedulikan...



cabutttt....adiosss...

7.12.11

lawatan sambil belajar ke cameroon highland #1

last week kakak aku ajak pergi CH. katanya nak buat famili trip.
ajak mak aku, kakak aku yang satu lagi dan abang aku. so result dia,
mak aku dengan aku sajalah yang pergi. yang lain tak ikut.
sebab ada mesyuarat dengan presiden FAM.

ok. no joke.

kali ni aku tak ada idea nak tulis. sebab macam korang baca post-post aku sebelum ni
semuanya hampeh belaka. haha. ok. no joke.

tengok sajalah gambar-gambar ni ye.







anak buah atau nama saintifik anak orang.


comelkan...hehehe

dah besar pun nak main lagi

ini bukan strawberry

pun bukan juga


nama dia sarang burung berkaca

ini kaktus cacat

jangan curi



tempat seterusnya, taman rama-ramasamy


macha menerangkan jenis-jenis kumbang

kumbang atas kayu

cicak malam. dia tulis kat situ.

err..sayur??

kala malam jengking mengambang




sorry. tak boleh nak upload gambar lagi. tunggu aku post esok.
bye.

6.12.11

limited time only!!!

untuk peminat-peminat aku. limited time only.
aku letak gambar aku besar bapak gajah kat header.
untuk korang download buat wallpaper kat pc, mac,
blackberry, iphone, ipad, nokia dan segala mobil yang lain.

terdapat juga dalam saiz 10MB
untuk di cetak dan digantung dalam kamar-kamar tidur
anda atau anak-anak gadis anda.



limited time only sementara gila aku belum reda. agak-agak adala dalam seminggu
baru sembuh.

selamatkan anak-anak kita dari terjerumus ke lembah maksiat

maksiat bermula dengan kertas A4 terutama cap AA dan Kuning.


ini adalah post bangang yang tak ada tujuan hidup.
aku lupa nak bawak memori kad kamera untuk upload
gambar-gambar aku bercuti kat cameroon highland dan juga gambar-gambar
berahi aku ketika tidur.

sebab tu aku rate-kan blog aku ni 18sx, sg, sm, sk, spr, upsr, muet dan penghakiman tanpa kehadiran.


ps: aku menulis dalam keadaan tidak sedarkan diri.

5.12.11

Saga FL

sedap layan dua keping roti canai ni. kuah dhal dengan sambal. ini ada feveret kalau makan dua keping roti canai. kalau makan sekeping baik tak payah makan.

siapa itu? ada seorang perempuan masuk ke dalam kedai mamak ni. segak pakaiannya. pakaian pejabat. berseluar hitam dan berkemeja putih lembut. Hidung mancung kulit putih. rambut ikal mayang pekat hitamnya.

dipesannya roti canai bungkus dan nasi lemak ayam juga bungkus. barang kali untuk anak anak di rumah fikir ku.

sekali bila aku pusingkan pandangan 360 darjah ke belakang. tu dia. semua mata memandang ke arah perempuan tadi.

motif aku tulis bende ini sekadar tunggu teh tarik aku suam. pasal perempuan itu boleh pergi jalan. aku ada banyak hal nak buat pagi ni. Chow!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2.12.11

cameroon highlands (12.10, 2.12.2011)

Dari tanah rata abang ipar aku terus bawa ke hotel. Kira kira lima minit dari pasar malam yang femes tu. Sampai di hotel concierge yang jaga di situ kata kami tak boleh masuk. Jam dah pukul 12. Orang yang sewa semalam tak check out lagi. Mak aku dah letih sampai tertidur. Anak buah aku muntah. Aku lapar. Aku harap lepas ni hotel dia tutup.

Oppsss

baca buku ni boleh kena ISA? kata aznor..
kalau kena ISA kenapa buku ni disimpan di perpustakaan negara? aku pinjam dari situ..
pandangan aku buku ni patut masuk dalam KBSM dan kompulsari dalam subjek sejarah.

OK?