29.5.11

Keju single

Single fun ke? 
Single + kawan kawan yang single - fun
Single + kawan kawan yang dah ada makwe - lessfun
Single takde kawan kawan yang single - fuck!

Memang tak best bile single. Sampai bile nak single. Bila tiba masa semua kawan kawan kau dah tak single. Adatlah. Tapi kau pulak boleh ke tahan single?
Sampai bila?

Bagi aku single tak best. Keju kalau single pun tak best. Kena double.
Bila aku tengok pasangan kapel. Aku rasa pening nak pengsan bagai.
Ape hal?

Bukan ape. Aku masih ingat pada si dia. Dia yang banyak kenangan dengan aku. Dan juga pahit.

Aku tak mungkin boleh bertahan. Aku nak kapel.
Sape sape yang single? Leh kapel?
Ayat macam setan.
Bye.

20.5.11

Dia kawan aku

Aku tengok zaed dengan leen ni happy je.
Cute. Manja. Loving.
Tapi, zaed kawan baik aku. Dan aku kenal dia.
Dia tak jahat. Dia bukan playboy.
Tapi dia selalu tertarik. Tertarik dengan orang baru.
Siapa tak suka benda baru. Semua orang suka..kan?
Tapi aku kenal zaed ni. Dia lemah dengan wanita.
Aku macam mana pulak?
Aku tak macam zaed. Takkan aku dengan dia nak sama pulak..kan?
Aku mudah. Aku bila dah dapat aku akan jaga. 
Aku mudah jatuh hati juga. Tapi aku masih ingat pada yang pertama. Sebab bila aku dah sya-yang aku akan sayang sehabis rasa sayang aku.

Korang faham?


19.5.11

Tidur itu penting

Kau balik kampung. Aku cuba untuk sms dan call kau. Tapi kau tak balas kau tak angkat. Mungkin sebab kau busy. Ok takpe. Aku sms lagi bila malam. Kau tak juga balas. Aku risau. Aku tau kau bersama keluarga kau. Aku tak nak ganggu masa kau dengan famili kau. Tapi aku nak juga tahu khabar kau disana.
 
Adakah aku terlalu menyibuk dalam hidup kau? Aku mengongkongkah? Atau aku hanya memperbodohkan diri sendiri. Mana tahu kau di sana langsung tak peduli pasal aku. Atau buang masa kau saja untuk tanya pasal aku. Aku pulak yang terhegeh hegeh tanya pasal kau.

Aku terhegeh hegeh?

Malam tadi kau bertolak balik dari kampung ke sini. Kuala lumpur yang tak pernah tidur. Sebab kau kene kerja. Aku sms, aku call. Haram tak berbalas. Tak pe. Mungkin dia masih dengan famili dia tengah tunggu dekay stesyen bas. Tapi sepupu kau sms. Boleh tak tolong ambil 'kau' esok bawak pergi kerja. Sebab sepupu kau takut tak sempat untuk dia pulak pergi kerja. Aku jawab. Ok boleh. Pagi pagi aku dapat sms kau minta tolong ambil kau dari rumah bawak pergi kerja. Aku dah tau. Aku balas ok.

Yang buat aku terkilan. Muka kau masa dalam kereta. Kenapa? Busuk sangat ke kereta aku? Kenapa perlu buat muka begitu. Kalau letih kau boleh tidur. Bukan kau tak pernah tidur pun dalam kereta aku.

Baru sampai depan lobi ofis. Belum pun kereta aku berhenti kau dah buka pintu. Dan kau tutup 'bang' kuat. Kau marah ke? Aku buat ape? Sepanjang perjalanan ke ofis aku cuma tanya pukul berapa kau sampai. Selebihnya aku diam sebab aku tahu kau letih mengantuk dan sebagainya.


Kalau letih kau boleh tidur.





14.5.11

sekali lagi

maafkan aku kalau aku ada buat salah.
setiap perkataan dan perbuatan aku yang
membuat kau terasa aku benar benar tidak sengaja.
aku harap kau dapat beri keputusan selepas
kau balik dari kampung.
bukan tergesa gesa tapi untuk kebaikan kita berdua.
aku disini amat sayangkan kau.

12.5.11

pukul lima..

jam dah pukul lima. tak balik lagi?
siot. jam mati. jam kat tangan baru pukul empat tiga puluh.
kenapa tak tukar bateri baru. nasib baik saya tak terkeliru.
kalau saya balik tadi macam mana?
siapa nak jawab?

11.5.11

harapan

harapan ialah percaya.
kalau kau berharap bermakna kau percaya pada apa yang kau harapkan.
 
 
aku berdoa setiap hari dengan harapan moga kita kembali bersama.
aku sentiasa ingatkan dia dengan harapan dia juga ingat pada ku.
aku berharap kenangan dulu sewaktu bersama masih boleh jadi kenyataan.
aku berharap kau percaya.
 
aku rindukan kau.

tiba-tiba tersentak

"sok nak saya datang ambik awak dengan cousin awak pukul berapa?" tanya aku.
"jap, nak check emel dulu" kata awak.
"ok" aku reply.

tiba-tiba aku tersentak



aku tersentak sebab aku mula rasa yang awak akan pergi jauh.
ya aku tahu awak cuma nak pergi vacay dengan kawan-kawan awak.
awak nak pergi sarawak. saya tak kisah.
sebelum ni awak nak pergi mana-mana pun saya tak kisah.
dengan siapa pun saya tak kisah.

tapi kali ini kenapa aku rasa tersentak.
apa tersentak tu?

menurut wikipedia tersentak itu sama dengan sawan.

terdiam kejap aku. betul ke wikiped ni? korang check la sendiri.

aku rasa something yang berlainan kali ni.
kenapa?

aku sayangkan awak.
di kopi pasta dari Terfaktab








Putus cinta. Ditinggalkan. Difaktabkan.

Sudah serik, malah tak mahu lagi jadi apa-apa untuk sesiapa pun.





Kita seringkali duduk di hadapan pintu yang masih tertutup, sedangkan ada pintu lain lagi yang masih terbuka. Kita jadi lemah, gagal untuk bangkit dari depan pintu yang tertutup rapat itu tadi.. Kita menangisi nasib dan mengharapkan pintu itu tidak tertutup dan sentiasa akan terbuka seperti dahulu. Kita terlalu berat untuk menerima kenyataan hidup, lalu kita terus terduduk melutut di hadapan pintu tersebut. Menangisi nasib yang kita kira tidak patut terjadi. Sangat menyedihkan bukan? Sedangkan kita sentiasa saja punya kudrat untuk cuba bangkit, berdiri tegak lalu melangkah dengan gagah menuju ke pintu lain yang masih terbuka. Hidup ini adalah pilihan, masalahnya kita yang tak mahu buat pilihan apa-apa. Masalahnya kita rela untuk terus duduk di hadapan pintu yang tertutup itu dan mengharapkan pintu tersebut akan terbuka semula suatu hari nanti. Soalnya sampai bila mahu tunggu? Sampai kepala beruban?





Kadangkala kerana merasa terkhianati, kita jadi lupa macam mana rasanya cinta. Kita lupa atau sengaja buat-buat lupa? Kerana takut terkhianati lagi mungkin. Saya beri contoh mudah. Kita sedang kupas bawang, tiba-tiba pisau yang kita gunakan itu mencederakan jari kita. Terhiris lalu berdarah. Apakah kita tidak mahu menggunakan pisau lagi selepas itu? Berubah angin, kupas bawang pakai gunting pulak? Ataupun kita ambil keputusan, memasak tanpa menggunakan bawang. Kita rela makan dengan rasa yang tidak cukup perencah. Macam tu?





Come on la. Hidup ini terlalu indah untuk di sia-siakan. Cinta itu adalah anugerah. Setiap orang berhak untuk merasa mencintai dan dicintai. Malah cinta itu tidak mengenal siapa. Orang buta juga punya perasaan cinta.. bercinta, dan kemudian berkahwin. Malah golongan OKU juga bercinta. Heh, teringat pula kepada kawan saya 'mad lompat' yang hanya mempunyai sebelah sahaja kaki. Beliau merupakan classmate pertama yang menamatkan zaman bujang. Cool kan? Hurm.. kita yang sempuna ini apatah lagi. Apakah kita mahu mensia-siakan anugerah yang Allah beri ini begitu saja? Menolak kasih sayang yang hadir semata-mata kerana sudah serik.





Kenyataan itu sesuatu yang menyakitkan dan adakala menakutkan untuk diterima. Tapi kita kena belajar untuk jadi kuat. Kita mesti berani untuk bangun kembali. Kalau kita tak berani, macam mana kita nak maju ke hadapan? Ibarat bayi yang baru belajar berjalan, andai dia terjatuh, dan takut untuk berjalan lagi, sampai bila-bila pun tak kan tahu berjalan sendiri bukan?





Satu yang saya percaya, hukum hidup ini mudah. Kalau kita berbuat kebaikan, maka kebaikan itu akan datang kepada kita semula. Kalau kita memberikan kasih sayang, kasih sayang itu akan datang kepada kita semula. Dengan syarat, apa sahaja yang kita lakukan mestilah dengan hati yang ikhlas. Dalam bercinta pula, kalau kita tak permainkan perasaan orang, pasti perasaan kita juga tidak akan dipermainkan. Kalau pun kita dipermainkan, kalau pun kita dikecewakan, anggap saja itu adalah harga yang harus kita bayar untuk bahagia yang tuhan akan beri kemudian nanti. Mendung bukan sepanjang waktu. Esok-esok, matahari menjengah kembali. Kalau ada tangan yang dihulur untuk beri kekuatan kepada kita agar kita dapat bangkit semula, sambutlah ia dengan serendah-rendah hati. Manalah tahu, itu bahagia yang kita cari selama ini. luka dalam hati yang warnanya merah itu, lama-lama nanti pulihlah.









Secebis kata-kata untuk dikongsi bersama ;









As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.

10.5.11



"jom keluar makan", kata dia.
"makan ape?" kata kau
"mcD lah" kata dia.


McD, McD, McD hari-hari makan McD.

dulu waktu aku sekolah kalau nak makan Kepsi, Mekdi, Piza, Burger King.dan semua yang berfrancais
susah sangat. sebab dulu kalau nak makan semua ni kene keluar pergi pekan.
lagipun dulu mak aku tak bagi aku makan fast food ni selalu.
katanya tak elok untuk kesihatan.
tapi aku tengok iklan Mekdi kemain lagi tunjuk yang makanan dia orang tu segar la
fresh dari ladang la.siap ada nutrition facts.

sorry post kali ni menyimpang dari post-post sebelum ni.

ehh suka hati aku la.blog aku.

bye

9.5.11

kenapa sayang..?

kau soal.

"kenapa sayang?"

aku sayang kau tiada sebab.

apakah perlu aku sayang kau sebab kau cantik?
kalau kau dah tak cantik macam mana?

perlukah aku sayang kau sebab kau manja?
kalau kau dah tak manja macam mana?

sayang sebab badan kau lawa sehingga ramai lelaki terliur?
kalau kau dah gemok esok siapa nak sayang kau?

aku.

kau cantik..

hari ni kau pakai baju kurung hitam.kau nampak cantik.
tapi sayang kata kata pujian ku umpama tak punya erti.

dulu bila aku kata kau comel, kau senyum.
kini kau diam.
dulu bila aku puji kasut baru kau, kau jeling manja.
kini kau diam.
dulu bila aku puji rambut baru kau, kau suka.
kini kau diam.
dulu bila aku ejek kau chubby, kau buat muka comel.
kini...

kini semuanya tiada erti lagi.
aku sentiasa di sebelah kau.
aku tak pernah nak merungut.
aku sabar.
tapi kadang kadang meluat juga tapi tak apa aku sayangkan kau.

aku sayang kau...

Sampai Kapan?

"happy ke?". (gambar dari internet)


aku tak tahu sampai bila nak macam ni?
patut ke aku sabar dan tunggu?
patut ke aku buat tak tahu?
ada ke peluang lagi?
mana satu!!! bagi la jawapan.

aku rindu masa dulu. tapi sayang hanya sekejap. sekejap sangat.