31.1.12

selamat tambah umur

1 februari hari lahir aku ikut kalendar mat salleh.
umur aku 25 tahun. kalau kalendar Islam umur aku dah 27 tahun.
tak kisah la mana mana pun aku masih hidup lagi.
kaki pun masih berbulu. kalau tak tahan aku kencing tepi pokok.
makanya aku masih hidup dan waras.

tahun ini aku ada buat gila sikit. aku beli motor. harga dia 20k.
kenapa aku sanggup beli sebab aku rasa bila lagi nak rasa. tak gitu kome.
kalau lepas kawen jangan harap la nak dapat rasa motor macam ni.





ada member aku tanya.

"ko tak simpan duti tuk kawen ke panjang?"

"berbaloi ke beli motor ni?"

"panjang dah kaya!"

panjang itu panjang ini...panjang..panjang..panjang..

jawapan aku senang. kalau tak sekarang bila lagi.
kalau nak dibandingkan dengan kawen..ahhh nak kencing pula..

kejap ekk..

shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........

ok. kalau nak dibandingkan dengan kawen. kawen bila bila boleh kawen.
esok pun pun tapi kalau aku kawen esok siapa pula yang nak kawen tahun 2015 nanti.
maksud aku. aku letak kawen no ke 5 dalam list.
kalau tak kawen pun tak apa asalkan dapat motor.
OK.

abang jangan buat gila. belum apa-apa dah tido.



dalam pertambahan umur kali ni aku nak tambah sesuatu dalam resume aku juga.
aku nak sambung belajar atau belajar sambil kerja atau belajar sampai ke negeri china.
tak mungkin kot sampai china tapi kalau naik motor ke china aku mungkin setuju.
apa kata kita buat trip geng motor tourer ke china. mesti bestkan?

aku teringin nak sambung belajar tapi dalam bidang apa?
undang-undang? sebab berkaitan dengan kerja aku sekarang.
hurmm aku kena fikirkan dulu. aku suka kalau dapat ambil sains sukan.
masalahnya aku tak ada pengiktirafan dalam sukan peringkat daerah mahunya pun adoi.

gila.

25.1.12

kadang-kadang tu macam ni la

"nevermind i'll find someone like you" pada aku itu semua tipu belaka.
buat apa nak cari orang yang sama. ada pepatah orang puith
'new is ALWAYS better'. jadi dah tentu secara otomatik hati dan diri kau
akan cari yang lebih baik.

hari ini mood aku rasa nak tulis pasal pengalaman aku dan orang-orang sekeliling aku.

pada aku, kalau kita cari seseorang yang sama seperti dulu
bukankah itu akan datangkan perasaan yang juga akan sama.
mungkin paling teruk, terjadi hal yang sama. jadi kenapa
perlu cari nahas?...


ini adele. lagu dia pasal pengalaman dia. tak best langsung. semua
lagu putus cinta, putus hubungan, putus tali dan bukit putus.



ini india eisley. awek baru aku dalam facebook.
tapi dia tak accept lagi. kalau nak tengok dia
cari dalam cerita underworld.



india eisley tak ada kena mengena. sebab dia cute aku letak je.
dammn! lepas tengok india eisley terus hilang idea aku nak tulis.

20.1.12

cinta tiga segi

aku tak tahu apa yang aku patut cakap. tangannya digenggam erat.
aku terkedu bila mendapat tahu yang dia terpaksa bersama dengan orang lain.

orang lain yang tak berapa lain itu adalah kawan aku sendiri. kenapa
hal ini boleh berlaku berkali-kali dalam hidup aku. aku cuma inginkan
seseorang yang kekal bersama aku hanya kerana aku.

"kenapa sayang? kenapa tidak dari dulu lagi sayang beritahu?" tanya ku dengan sabar.
dengan senang dia balas "janganlah panggil sayang lagi. ini semua hanyalah
satu mimpi. aku memang tidak langsung sukakan kau"

aku tak sangka dia mendampingi aku hanya kerana mahukan rakan baik aku.
semua ini satu penipuan yang terancang. kawan aku dengan angkuh mengejek
aku dengan kata-kata yang menusuk kalbu. sanggup dia samakan aku dengan
lembu, beruk dan sikan keli. aku tak tahu kenapa kawan baik aku sendiri
sanggup lakukan.

"aku dah pun mengandung. anak ini adalah anak kawan baik kau" sambung dia lagi
kali ini dengan senyuman sinis. alangkah sebak hati aku. hancur bagai daun reput
yang dibakar. aku tergamam. lidahku bagaikan putus untuk berkata-kata.

aku lepaskan tangannya. dia mendongakkan kepala ku dengan dua jarinya
dan berkata "kau main tak sedap"

rupa-rupanya selama ini lagu-lagu yang aku mainkan untuk dia tak sedap.
aku bukan aqasha nak nyanyi lagu 'gigigit cuping telinga kecil mu'
aku minat 'alternative rock'. jadi aku mainkan lagu-lagu seperti
rhcp, nirvana, dan juga lagu-lagu gay seperti elton john dan eminem.

13.1.12

pedih

sakit kaki lepas joging semalam masih terasa sampai hari ini.
joging tak sampai 2 km pun tapi dah rasa sengal-sengal lutut. nampak
sangat aku ni lama tak joging.

tapi yang hairannya, kasut joging aku dah lusuh. hmmm alasan kena
beli baru ni. hahaha.

hari ini hari jumaat. aku rasa ok je. jerawat pun dah pecah tunggu masa
kesan tu hilang je.

bangang. benda apa aku tulis ni. hggghgghghg!!!!!

12.1.12

pusing balik

minggu ni kepala aku pening. pening lebih kurang. dua tiga hari ni aku rasa
pening macam orang mengandung tiga bulan. aku nak tulis ni pun pening.

aku garu-garu kepala aku tapi tak hilang pening. kelemumur banyak keluar.
pasal kerja aku tak ada masalah. masalah aku cuma dalam kepala otak aku.

10.1.12

nasib baik tak kena bom

siot. pasal semalam punya kes anwar nasib baik kau tak beli ayam kfc untuk lunch.

lari ke dalam hutan sambil jalan kaki

haa.. amacam tajuk? power tak?

haha..sabtu lepas aku dengan rakan serumah lari ke dalam hutan
sebab kami dihimpit kemiskinan. wang kami habis dijoli.
hutang kami menimbun. semua harta kami dibekukan.
apa nak jadi kami pun tak tahu sebab itu kami memilih untuk lari ke dalam hutan.

dalam pada masam yang saman kami belajar cara-cara hidup di hutan.
survivor bak kata omputih. kami belajar menagkap ular, biawak, musang, kambing, gambar
dan macam-macam lagi. kami bakar ayam dan ikan saja. yang biawak, ular, musang dan kambing tu
kami tangkap kami bela buat binatang peliharaan.

selama 24 jam kami dalam hutan apa yang dapat kami simpulkan ialah

1. dalam hutan kalau kentut bau tetap busuk
2. kalau masuk hutan kena bayar RM 10 baik tak payah masuk
3. tak ada ikan kat sungai yang dalam hanya 30cm
4. tak ada awek cun dalam hutan
5. rumah bujang kami sama macam dalam hutan, so tak payah nak pergi kemping dah lepas ni

anyway ada beberapa gambar pelik dan mencurigakan yang sempat kami rakam.
saksikan.




rajin. nak siapkan tempat bakar ayam, ikan dan mayat.



aku kena buat unggun api sorang-sorang.


ada yang ambil kesempatan...


api dah naik. baranya mana? takkan nak bakar ayam ikan dengan api macam ni.



ayam ayam ayam...



tiba-tiba hujan. hmmm.


sambung bakar...


muka baju hijau dah macam patrick starfish. ada yang dah mula
buka baju sebab tak tahan lapar.



kerang kerang kerang...




suhardi. juga dipanggil heng, budak hitam dan juga kalou (pemain chelsea)



ifan. kaki makan, kaki pancing dan kaki dua



fit. juga dikenali sebagai kudis, hensem (wuekk) dan juga playboy.
kemahiaran beliau dalam menjadi playboy telah terbukti dengan
foursome sekali gus.



tak perlu diperkenalkan lagi. muka jadi gitu sebab
cirit birit.


jaboo main gitar. kenapa pakai tuala. sebab cirit birit juga.
aku macam biasa menyanyi sebab suara aku sedap.






ps: gambar udin dan isterinya tak masuk sebab zaed tak ambil gambar dia orang. hehehe..

3.1.12

Aquaria!

semalam senin. cuti ganti tahun baru. aku plan dengan miss panda nak pergi aquaria
sebab dia tak pernah pergi dan teringin nak pergi. so aku bawak pergi. amacam ok tak?
ok menatang apa panjang? tiba-tiba tanya ok tak...gila...

ok ok ok..semalam miss ganceleen dan zaed anak tokey felda pun ikut sekali.
leen kata dia pun teringin dan tak pernah pergi. so kita orang ni kira macam
double date la. amacam ok tak?
ko apahal panjang? tak payah nak tanya ok ke tak. cerita saja la.

ok ok ok..haha.

bayaran masuk RM35 seorang bagi yang ber-MyKad. RM45 untuk warga asing.
veteran RM25 dan Infant free. Ciss..

sampai pintu masuk dah kena tahan. staff aquaria nak ambil gambar kami. kami nak ambil pakai
kamera sendiri tak bagi sebab dia suruh beli. mampus kau orang la.

bla..bla..bla..bayar tiket..bla..bla..bla setting kamera..bla..bla..bla..bila nak masuk daa..






ini spesis piranha. nampak macam bawal je kat aku. masak merah sedap ni.


yang kat luar ni senyum je, yang kat dalam tu senyum jugak..tapi dulu la
sekarang dah jadi bahan aksesori aquaria.


tikus air. besar macam kucing. keje tidur dah makan free.


tarantula. kalau kena sengat boleh hidup 6-8 jam je lepas tu tahlil.


buaya darat.


ikan...mmm..ikan malas. aku pun dah lupa nama ikan ni. yang duduk tu ikan jugak.
ikan aku ok!.


feeding frenzy!!!


aku pun lapar juga. aku try makanan mexico. taco dengan enchiladas.
air oren colada. tengok dalam tlc channel sedap, nampak pun sedap.
lepas ni aku tak nak makan dah benda ni.


mee jepun. nama mee ni..err..mee kicap..?? hehehe..
ni miss panda yang pilih. nampak tak sedap tapi rasa dia lagi tak sedap.
lepas ni kalau datang klcc makan mcd je lah.


ni bakal pengantin. makan benda yang sama dengan aku dan miss panda makan. kejadahnya woii!!
leen: ed ape tu?
zaed: mana?
leen: tu nak kat bawah tu.
zaed: oww tu tunggu la kawen nanti..
leen: bukan tu la, tu yang kat bawak roti tu..haisshhh..


oppsss...hehehe...


aquaria ni best. kalau kau orang suka laut macam aku. aku suka hutan.
so aku rekemankan kalau kau orang nak adventure pergilah camping.
hehehe