27.2.13

Cerita Latip - Episod 1.


“Tolonglah, aku bukan tak nak makan. Tapi aku masih kenyang.” kata Latip. Dalam pada masa yang sama Latip menggigit epal hijau yang dipegangnya. “Ala, kalau kau tak nak makan kau teman la aku makan…jom la Latip.” pujuk Seman. 

Seman sangat lapar dan ingin makan kerana dari pagi sampai la ke petang Seman hanya minum air kosong sahajah, malangnya pula di rumah tak ada langsung simpanan makanan seperti Maggi atau pun Mi Sedaap. Latip mengeluh “Huh…baiklah baiklah. Aku pun boleh lepak minum. Dahaga juga minda aku ni.” “Sekurang-kurangnya dapat juga tengok tv kat kedai nanti.” tambah Latip.

Sampai sahaja di kedai makan yang dituju mereka berdua duduk di meja yang menghadap tv. Betul-betul depan tv besar. Seman memesan Nasi Goreng Kampung serta Telur Mata dan Sup Kosong. Air pilihannya pula air Sirap campur Soda. Latip pula memilih air Barli dan Nasi Putih serta Tom Yam Ayam. Maka mereka berdua pun makanlah dengan rasa hati yang gembira.

what the hell with that?

PETALING JAYA (Feb 27, 2013): Maxis Bhd, the country's largest mobile-phone operator, saw its net profit for the fourth quarter ended Dec 31, 2012 (Q4 2012) fall 58% on higher network operation costs and administrative expenses.
The Sun Daily.

SEBAB SEMUA LINE TELCO YANG ADA DALAM NEGARA MALAYSIA
NI MACAM CELAKA!!!

this is it and beyond

This is maybe or this is it?
Aku pun tak pandai sangat berbahasa Inggeris ni. Takut nanti
terabur pula tatabahasa aku.

Sedangkan bahasa Melayu aku pun lintang pukang.

Hari berganti hari, manusia berganti manusia. Maksudnya ada yang baru
lahir dan ada yang mati. Aku pernah tengok orang lahirkan anak
dan orang yang mati. Sebelum tu aku bagi tahu yang aku tulis ni
tak ada kena mengena pasal nak mati. Karang ada pula yang ingat aku
buat benda yang bukan-bukan. Maksiat tu, tak baik.

Aku cuma rasa macam aku nak buat benda lain i.e. aku nak buat kerja
lain. Rupanya aku baru rasa yang selama aku duduk dekat 'sini' tak berapa
memajukan diri aku sendiri.

Aku tak kisah hidup sederhana. Cuma rasa tak maju. Rasa macam makan
nasi dengan kicap serta telur goreng.

Aku rasa aku cuma kurang rapat dengan Tuhan. Sebab tu asyik tak pernah cukup je.
Dunia ni cuma 'imitation' je. Apa orang buat kita nak buat. Apa orang ada kita idamkan
kita pun ada. Orang pandai kita kata bagus. Orang kurang pandai atau panggilan
ringkasnya orang bodoh kita kata bodoh. Dah sememangnya begitu.

21.2.13

Biasa la tu

Dulu masa aku umur 7 tahun masa tu aku baru masuk sekolah rendah, darjah satu.