11.4.13

Kerajaan mana pun yang naik telco tetap anjing.

Digi adalah anjing yang paling anjing sekali. Celcom adalah anjing dan Maxis
adalah anjing yang dibela. Semua sama saja. Keanjingan.
Duit rakyat mereka telan. Servis macam anjing.
P1, Umobile, YES, Unifi, TimeDotCOm dan semua telco yang
ada di dalam negara adalah anjimg.
ANJING!!!

Di Harap Nurul Izzah Dapat Berpakaian Seksi Supaya Anwar Ibrahim Diterima Orang-Orang UMNO

Kenapa ramai orang kata, "jangan judge orang lain" ? Kenapa tu? Aku tak faham kenapa tiap2 kali berlaku sesuatu yang tak berapa elok dekat orang atas kelakuan dia sendiri, alasan orang-orang kita adalah jangan judge dia, siapa kita nak judge dia atau the classic, "kau baik sangat ke nak judge-judge orang ni?"

Bila masuk court, kenapa bagi pulak Hakim judge kau kalau kau kena tangkap khalwat atau ditangkap minum arak? Apasal kau tak kata dekat Hakim tu, "Tuan Hakim, itu adalah tindakan peribadi dan hak saya. Tuan Hakim kalau boleh, jangan judge saya boleh tak?"

Fikirkan, even dalam Islam sendiri kita diminta untuk menilai pelakuan orang lain. Baik atau buruk. Sebab itu kita diberikan tanggungjawab untuk pupuk kebaikan dan cegah benda buruk ni. Kau nampak ada member kau khalwat, kau try tegur, dia boleh reasoning dan sound kau balik. Macam mana nak membantu melahirkan masyarakat yang elok camtu?

Orang Melayu panggil benda ni 'sibuk-sibuk. Jaga tepi kain orang lain. Suka masuk campur hal orang.' Mungkin cara kita judging tu kadang2 salah tapi pada aku, menilai tu tak salah. Kita hidup dan kita belajar daripada apa yang kita alami dan tengok. Sebab tu Islam ajar kau, kalau kau takde kuasa nak mengahalang kemungkaran ni....kau kena benci kemungkaran dalam hati kau. Judging kan?

Siapa yang buat kemungkaran? Manusia. Jadi sebenarnya, mana datang sikap "jangan judge aku please!" ni? Kau nak judge aku, judge la. Apa aku tulis, itu pandangan aku. Tapi aku takleh nak kawal apa yang kau rasa dekat aku. Ada yang suka, ada yang tak suka. Bukankah itu sama aje macam kau judge aku ni elok ke tidak?

Jadi, berpandukan kepada penerangan aku di atas, aku nak bertanya pendapat kau, perlukah kita judge Pemimpin kita berdasarkan kredibiliti dia memimpin keluarga dia dan bukannya sekadar judge ketokohan dia?

Pada aku, perlu la. Kau nak kahwin pun macam2 kriteria kau ambik kira. Nak yang lawa, beragama, ada harta sikit, ada kerja tetap dan kalau boleh ganas di ranjang.  Nak pilih menantu pun kalau boleh nak Ustaz, Ustazah, ada ilmu, hati baik dan bermacam-macam lagilah.

Tapi kenapa bila nak pangkah BN kau tak fikir benda2 camtu?

Pada aku, pemimpin yang aku nak bukannya sekadar pemimpin yang mampu pimpin negara. Kalau aku la, first thing yang aku tengok, berjaya ke tak dia laksanakan tanggungjawab nombor dua dia. Nombor satu, dengan Tuhan, nombor dua dengan keluarga. Berjaya ke tak dia bawak keluarga dia lebih dekat apa yang agama harapkan?

Kalau keluarga dia pun tak berapa terjaga, anak kaki clubbing, minum arak pakai seksi, bini boleh peluk2 dengan lelaki lain; macam mana aku nak ada kepercayaan dia nak pimpin aku? Kalau Ustaz Don punya bini pakai baju ketat tetek tersembul tapi still pakai tudung, kau nak ke dengar ceramah dia dalam TV? Konfem la tak ada orang nak dengar sebab dia akan dilabel poyo. Dia Ustaz tapi dia dia poyo, bini seksi. Tapi kenapa double standard dengan golongan2 agama saja? Adakah sebab golongan Ustaz ni beragama jadi expectation dia lain, lebih berat, jadi lebih banyak benda perlu dijaga dan sopan santun mesti dikekalkan.

Persoalan aku, kenapa standard yang sama tidak dikenakan pada Menteri? Mereka pemimpin kita tapi kenapa kita benarkan mereka begitu? Kenapa perlu aku pilih pemimpin yang mengabaikan keluarga diorang sendiri, padahal sebenarnya itu satu benda yang semua ketua keluarga kena jaga terlebih dahulu.

Kenapa Pemimpin orang Melayu tidak dipilih berdasarkan apa yang dia lakukan terhadap permintaan agama dia? Adakah ini kesan daripada pemerintahan sekular BN yang mengasingkan agama dengan politik? Walhal, kalau kau fikir betul2, politik sepatutnya jadi alat nak tegakkan agama, tapi kat Malaysia, agama jadi alat nak tegakkan kekuasaan politik. Seperti yang berlaku sekarang ni. Pemimpin saling kafir mengkafirkan dan tuduh lawan dia sesat....tapi anak bini terabai.

The first step dalam melahirkan masyarakat yang lebih baik adalah memastikan ketua keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing terlebih dahulu. Kalau ramai yang skip tanggungjawab asal dan terus jump nak jadi menteri..apa pulak result dia? Negara pun sama la jadi tak senonoh. Menteri cuba cakap pasal agama tapi anak tengah berpeleseran dengan pakaian seksi menampakkan peha gebu. Apa kejadahnya pemimpin sebegitu?

Katakanlah, Nurul Izzah buang tabiat bukak tudung, pakai skirt, duduk terkangkang. Atau isteri Nik Aziz peluk Aaron Aziz bila berjumpa. Aku nak jugak tengok apa ahli tegar UMNO punya pandangan kalau benda tu betul2 berlaku. Sekarang ni pun kalau kau cuba Google "isteri Nik Aziz."

Aku tunggu...seriously, cuba search.
Apa result dia?

Semua benda tak elok keluar dan masalahnya, semua benda tu BANGANG2 BELAKA. Sehingga isteri Nik Aziz solat tak bertelekung pun jadi isu. Padahal, perempuan boleh aje solat takde telekung...ASALKAN dia tutup aurat. Tapi bila part pemimpin dia...senyap aje. Cengkerik punya suara lagi kuat. Itulah dia ahli tegar UMNO dan penyokong mereka. Fatwa boleh direka asalkan menang Tuan dia.

Jadi, mereka keluarkan frasa "Siapa kau nak judge orang lain?" untuk membolehkan isu2 yang nampak kecik, tapi sebenarnya sangat signifikan dalam menilai nilai seorang pemimpin ni, disenyapkan. Sebab tu lah masyarakat kita selama ni dilatih, pilih menantu bukan main lama. Beli rumah, punyalah survey dulu keburukan kebaikan. Nak beli kereta pun kalau boleh nak test drive berkali-kali. Kahwin pun kalau boleh nak yang terbaiklah serba serbi jasad dan rohani.

Tapi time pilihanraya, lain pulak. Aspek yang paling penting, asal jaga Melayu, asal BN. Boleh dapat BR1M. Nanti dapat laptop. Senang pulak pemilihannya. Aspek kerohanian tu campak jauh2. Padahal, kita sebenarnya pilih pemimpin kita tu dan kita akan kena jawab kenapa kita pilih dia. Bukan ke semua benda yang kita buat, akan dinilai? Jadi, mana yang kita pangkah masa pilihanraya pun malaikat catit ni bang.

Jadi, kalau aku tanya kau, kenapa kau pilih dia sebagai pemimpin kau, padahal dia sendiri tak mampu nak pimpin family dia, kau nak jawab apa?

Memang kita tak boleh expect kesempurnaan sebab kita semua memang ada salah silap, tapi bila aib dia terbuka besar-besar dan pemimpin kita tu tidak kisah dengan aib dia yang terpampang luas, macam mana aku, orang biasa, nak dengar cakap kau bila kau nak cerita pasal adab dan agama? Macam mana aku nak percaya yang kau boleh pimpin aku, walhal keluarga kau sendiri kau tak mampu nak pimpin?

Bukti ada depan mata. Sama ada berani nak mengaku atau tidak, itulah bezanya seorang rakyat prihatin dan seorang pencacai tegar.

ps - mana dia fatwa JAKIM atau Ulama Pondok Kelantan haramkan semua watak lelaki berpakaian wanita dalam rancangan lawak dekat Astro Warna? Nak menegakkan hukum kena fair dan adilla. Semua aspek kena tegur bai.

Dikopi bulat-bulat dari mantot

9.4.13

Hahaha...

Saya ada kawan. Nama dia rahsia LYM. Dia suka lagu sedih dan lagu macam
nak tidur emo. Saya tak suka bila dia bangun tidur emo sebab
saya ada kerja lain nak buat. Bila dia emo kerja saya tak siap. Nota saya pun tak habis taip
lagi. Bila lapar dia kata mahu diet tapi bila masak dia masak macam nak buka puasa
untuk lima orang. Sebenarnya dia cuma ada dua orang saja. Kalau beli nasi lemak
dia akan beli nasi lemak lima ringgit. Nasi lemak 1 ringgit tak main la.

4.4.13

Comel Tak Kak Ton?

"Rock Kak Ton"



"Dalam dilema. Kalau cakap tak comel kecil hati Kak Ton pula"





"Tragedy"