28.9.11

How I Met Your Mother (maybe)

ehh! gambar ni takde kene mengena...


Maybe or probably this is it. I do not know because everything happens or happened is unpredictable.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku buntu..ape nak tulis daa..

Cinta Memang Gila. So?



sumber : tiub awak.

21.9.11

do i care? i do care..

sorry 'ehem'. aku tak ada niat nak kata kau begitu. kau buat aku terlalu emosi.
kau buat aku macam tak ada perasaan. aku tahu niat kau baik tapi kau tak rasa apa yang aku lalui. kau seperti meletakkan semua keadaan yang salah yang berlaku kerana aku.
aku bukan bodoh. aku bukan tak mempunyai deria rasa. aku tak nak mati tanpa aku dapat apa yang aku idamkan. kau kawan aku. malah mungkin kawan baik yang aku tak jangka. kau belanja aku makan. tolong aku bila susah. banyak dengar rungutan bebelan aku. aku mungkin mati jatuh tangga sambil makan kek kau. mungkin?
statistik aku, kau tolong kawtimkan. betul, kau memang banyak tolong aku lam. tapi tolonglah jangan paksa aku.
tak guna kau paksa aku untuk berusaha mendapatkan 'ehem'. aku dah lakukan yang termampu. aku rasa.
segala yang aku lakukan sebelum ini semua hanyalah untuk mendapatkan perhatian dari dia. tapi apa yang aku dapat hanyalah dingin air-cond ofis. kalau kau faham baguslah.
Sent from my iPad

20.9.11

aku beginilah

aku tak kesal atas apa yang berlaku dan berlalu. aku bukan jenis anak orang kaya yang akan dapat apa yang diinginkan. aku cuma manusia yang ada hati dan ingin diperhati. aku akui sampai masa setiap manusia akan berubah. kita perlu untuk berubah kerana inginkan kelebihan, kelainan. inginkan sesuatu yang baru sesuatu yang belum pernah rasa. sesuatu yang dapat membuat kita lupa.

aku perlukan sesuatu untuk buat aku lupa. seseorang.
seseorang yang buat aku lupa seseorang. yup gilakan.
bunyi macam gila tapi realiti begitu. tak pernahnya indah. semua tipu belaka.

dalan hal cinta aku tak memaksa. sama ada memaksa diri sendiri atau orang lain.
tak ada gunanya dapat hidup bersama, tidur bersama, makan bersama, pandang muka yang sama setiap hari tapi tidak memiliki penghayatan untuk bersama.
tak faham?

aku pun tak faham.


Sent from my iPad

8.9.11

Argghh! Geram!

sanggup buat  apa saja dan tak dapat melupakan kau sampai sekarang membuatkan aku terfikir adakah itu kebodohan yang melampau atau perasaan sayang dan cinta yang mendalam?

kau tahu kalau kau boleh baca fikiran aku, aku pasti aku akan sedar cinta aku
yang dalam sedalam jurang Marina di lautan Hindi.

7.9.11

Geram dengan orang lain?

"klik"
suis tv dipasang. rebahkan punggung ku di sofa
yang boleh dikatakan usang. menunggu masa untuk dibuang.
tv menyala tapi tak ditonton.

aku sibuk memikirkan seseorang.
seseorang yang korang kenal kalau korang pembaca blog aku.

kali ni aku bukan nak mengungkit kisah-kisah lama.
cuma kali ni aku rasa lain sikit. sebab puasakan so aku rasa
lapar sikit.

mengingati si dia membuatkan aku suram, malap, gelap, hilang.
dia yang pernah aku tunggu sekian lama, menjadi kenyataan sekadar sebulan saja.
aku jadi gila kemudiannya selama ini, hingga kini. aku tak salahkan dia.
aku salahkan kawan kawan aku sebab dia orang semua ada "teman" masing
masing so aku tak boleh mencipta budaya gay. just joke!

selama ni aku hanya mengharapkan yang dia akan membuka kembali pintu kereta aku
dengan plan untuk menonton wayang, pergi manicure pedicure, makan.
*ayat merapu*

selama ni aku hanya mengharapkan yang dia akan membuka kembali pintu hatinya untuk
aku dan hubungan yang lalu. sehingga kini aku masih menanti tapi...
*ayat dari hati*

setelah sekian lama ni dia tidak memberikan apa apa harapan yang hubungan aku dan
dia akan kembali terjalin. hampir lapan bulan aku menanti. korang boleh bayangkan
sendiri bagaimana perasaan aku. dan bagaimana perasaan ini makin hari makin menipis.

bukanlah kerana aku mencari atau mempunyai yang lain. tidak sama sekali.
tapi bila aku memikirkan aku telah melakukan yang terbaik yang mampu diri aku buat.
aku akui aku tidak sempurna. apa yang aku rasa kini kenapa aku tidak menjadi seperti yang lain. lupakan sahaja. yang lepas biar berlalu. yang baru akan tiba. new is better. right?

tak boleh. kau orang lain, aku lain. perasaan semakin menipis tapi dia tak tahu bila aku
pergi ke tempat yang kita pernah pergi bersama aku jadi sangat tak selesa. cemburu sana sini bila melihat pasangan lain. sedih bila lihat pasangan lain happy.