16.6.11

Penantian

Penantian satu penyeksaan. Siapa tak setuju memang gila. Dalam dunia ni ada ramai orang yang suka buat kerja camni. Menanti atau menunggu seseorang. Betul atau tak tindakan ni lu orang rasa?


Soalan pertama yang lu orang perlu jawab ialah berbaloi ke menunggu orang tersebut? Tak kisah la tunggu ex makwe yang dah jadi tunang orang,tunggu seseorang lelaki untuk meluahkan perasaannya atau menunggu seseorang membuat pilihan. Gua berani bet semua orang akan cakap orang yang sedang ditunggu oleh diaorang berbaloi. Kalau tak takkanlah sampai bertahun-tahun diaorang jadi penunggu ye dak?

Perkara kedua yang perlu lu orang pikirkan ialah status orang yang ditunggu. Menunggu makwe atau pakwe orang lain menjadi makwe atau pakwe kita boleh diterima akal gua. Menunggu tunangan orang yang lagi sebulan dua atau paling lama pun setahun lagi nak menikah memang kerja gila. Percaya cakap gua orang berstatus macam ni dah tak layak untuk dinantikan. Tunggu suami orang? Ok,yang ni kerja bangang.

Perkara ketiga ialah harapan dan peluang. Gua ada satu prinsip di mana gua takkan join peperangan yang gua tahu gua akan kalah. Kalau dah tahu lu orang kalah buat apa susah-susah nak lawan lagi? Lawan apa yang lu boleh dapat. Tapi..Tapi..Sampai dua kali gua cakap tapi ni..Kalau gua rasa gua ada sedikit harapan atau peluang pun untuk menang gua akan lawan habis-habisan. Walaupun peluang tu cuma 1%.

Tapi manusia macam kita ni sedar sebenarnya yang diaorang dah kalah,sedar yang diaorang takde sikit peluang pun nak menang pun tapi masing-masing sibuk pujuk hati sendiri. Sibuk nak sedapkan hati yang konon-kononnya diaorang still boleh menang dan orang yang ditunggu akan kembali. Bawak-bawaklah belajar terima hakikat.

Gua percaya pada jodoh. Kalau dah jodoh,sorang atas bumi sorang atas zuhal pun kan jadi jugak.Tapi janganlah pulak jadi bengong pergi menunggu seseorang sampai tutup hati lu orang kat orang lain. Itu bukan percaya pada jodoh,itu namanya bodoh mengharapkan jodoh.

Jadi apa perlu lu orang buat kalau lu dah takde harapan atau peluang atau orang yang ditunggu tu dah kahwin? Pada masa macam ni la lu orang kena percaya pada jodoh dan redha dengan ketentuan Tuhan. Kalau dah memang itu jodoh lu orang dia dah kahwin 7 kali pun akhirnya dia tetap akan jadi milik lu jugak. Jadi teruskan hidup macam biasa,penuh bahagia,penuh ceria dan cuba buka ruang hati lu pada orang lain.

Jangan menunggu,penunggu highway Karak pun kadang-kadang ada masa cuti jugak tahu?



Nota Cinta : Menunggu cinta samalah macam menunggu kadar tol diturunkan. Tak mustahil tapi jarang berlaku. Cinta tetap datang cuma masanya bukan pilihan kita.




entry ni di kopi pasta dari tulisan Leplep

15.6.11

Gajah.

semalam kau letih. kesian pula aku tengok. tapi tak apa sebab baik untuk kau juga.
semalam aku nak tanya tapi kau letih. kesian pula aku tengok. so aku
tak tanyalah. mak ajar kalau nak cakap jangan cakap waktu orang letih.
nanti tak berbaloi. ape yang berbaloi? aku pun tak tahu la.
tapi nasihat orang tua. mesti ada kebaikannya.

hari ni aku nak jugak tanya. tapi bagaimana? macam mana aku patut mulakan?
sama seperti semalam. kau tak letih tapi nampak kau takde mood.
nak cakap pun susah. kena cari masa sesuai.

tapi aku pun silap. balik balik tanya soalan yang sama. dush!
balik balik tanya macam mana macam mana...

tapi memang pun. aku sendiri tak tahu macam mana sebenarnya kita berdua ni.
orang asyik kata kita pasangan. tapi realiti. sakit.

aku sendiri bila tengok cerita ong bak, tiba tiba boleh teringat dekat kau
bila aku tengok gajah. sebab kau suka gajah.
aku rindu waktu itu.


bye.


"gajah ni untung.kalau macam ni aku pun nak"

12.6.11

Jom mulakan!

"aku ke yang rosakkan? kalau betul aku minta maaf. boleh aku betulkan semula?"


aku dah nampak. aku dah nampak yang aku ni dah mula gila. before aku gila dan tak waras better aku tanya dia. aku cuma perlukan satu jawapan. ya atau tidak.

"kalau dia tak jawab macam sebelum ni?"

tu yang buat aku jadi gila. aku cuma perlukan jawapan.
selepas tu baru aku tahu nak buat apa.

aku tak memaksa dia untuk bagi jawapan. aku tak suka paksa orang.

"sudah la kau. ayat tipikal."

ok ok aku memang memaksa. mungkin dia belum bersedia.
tapi akukan dah nak gila. gila ape kalau aku tunggu lagi. lagi gila kau.
ishh gila gila gila.

aku rasa aku migrain. aku tak pernah pening sampai muntah.
kena makan ubat. minum air kelapa. ok minum air kelapa tu saja je. teringin.
tapi kalau doc kata aku letih sedangkan aku tak buat apa apa tak ke gila namanya?
nampakkan.

otak aku asyik fikirkan pasak kau. setiap masa. otak kau macam mana?
adakah rasa sama seperti otak aku?
kalau aku biarkan masa yang menentu hubungan ini.
aku rasa by that time aku kat hospital. itu pun belum tentu kita bersama. kau nak
ke aku kalau aku dah gila? ishh..

kau adalah yang pertama. kau adalah yang paling aku sayang.
kau buat aku berubah jadi berani. kau banyak mengajar aku suka duka.


okaylah. pukul 3.40 pagi. aku nak tidur. walaupun tak boleh lelap mata.
bye.

5.6.11

hurmm..

if only you can feel what i feel about you. if only you can see thru my eyes what i see when i saw you. if only.

4.6.11

Sampai bila 'awak'?

Akukah yang menipu diri sendiri? Aku biarkan diri ini belayar tanpa kemudi mengejar kau walau ke mana kau pergi. Diri ini yang sanggup menunggu walau telah di tinggalkan kononnya kau hanya keliru. Berikan kau masa untuk berfikir. Selama mana yang kau perlu. Tidak pernah sekali meninggalkan kau waktu kau susah. Aku mungkin silap. Mungkin kau tak pernah kisah apa yang aku lakukan untuk kau. Mungkin juga kau fikir aku tak apa apa. Aku ingin kau kembali seperti dulu. Seperti waktu kau dan aku sama sama suka. Sama sama bahagia. Waktu tu kita tak dengar kata orang. Waktu tu kita tak kisah sikap masing masing. Waktu tu juga kau sabar dengan aku dan aku sabar dengan kau. Waktu tu juga aku rasa seperti hidup semula. Kau mungkin tak kisah. Kini kau bahagia dengan hidup kau. Aku tidak. Aku tak pernah lupakan kau walau sesaat. Yang aku inginkan sangat adalah jawapan dari kau. 


1.6.11

tak percaya ekk

Hey hey hey hey aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta, aku tak percaya
C. I. N. T. A. - liyana jas maybe.
Kalau dah tak percaya cinta samalah tak percaya Tuhan.
Kita dicipta lelaki dan perempuan untuk berkasih sayang dan saling mencintai.

Ehh lupa ke?

'tengok dah citer karak' aku tanya.
'dah' jawab sue.
aku balas 'tak bestkan, citer dia satu malam je pastu habis'.
'ermm tapi sini ada hantu lagi la tah ape ape' sya jawab.
sya sambung lagi 'kite pergi tengok sini ada hantu kelakar je kan sue'.
'masa bila aku g tengok dengan mu?' jawab sue.
'ehh mu tak tengok ke? aku g ngan jid kot?' tah tak ingat' sya jawab.

Part ni aku dengar je korang borak. Aku pandang sue. Sue tak pandang aku pun.

Kau boleh tak ingat dengan siapa kau tengok?
Kau tengok dengan aku. Ingat?
Hari tu aku main main konon kau bagi gift kat aku tapi kau tak ingat. Memang la sebab yang bagi gift tu bukan kau, orang lain. Saja aku nak kacau kau. Tapi malam tadi kau cakap kau tak ingat tengok sini ada hantu dengan siapa.
Memang hantu dah masuk dalam diri kau.

Kau nak lupakan semua pasal kita? 

Malam tadi jugak kau buat aku marah. Kau ganggu privasi aku.