28.5.12
percaya la kadang kadang aku suka makan banyak lebih dari orang yang tak makan lima hari
aku sendiri pun dah konfius. kalau orang kata indah masa bercinta tapi
kenapa ada juga yang merana kerana cinta?
amboi..aku tulis pasal cinta..hahaha..
aku tak pernah la bercinta tahap gaban dan aku tak pernah la pula frust
tahap gaban. mungkin gaban je yang terlalu gaban. gaban sendiri pun
pasti kenapa dia dijadikan subjek sebagai satu yang sangat gaban.
aku pernah lalui rasa seperti ubi kayu yang lembut tapi bila sejuk tak sedap.
kalau dicecah gula pun tak sedap. aku juga pernah merasa keadaan seperti
berada di dalam incenarator. wow. sebenarnya tak ada kena mengena langsung.
sekarang aku rasa macam nak main paintball. seronok.
11.5.12
considered it.....
with one bowl of mee kari. 2 mug of warm water and one mug of orange juuice.
almost done.
7.5.12
Fool Agains
Tak sangka benda yang sama berulang lagi.
Orang kata pisang tak berbuah dua kali. Kilat takkan sambar tempat yang sama.
Ahh..semua tu orang yang cakap. Realiti yang berlaku adalah kontra kepada
cakap orang. Kalau ada orang cakap kau muka kemek. Maknanya muka kau hensem
gila. Kalau orang cakap mulut kau berbau maknanya mulut kau memang berbau. Kalau
orang kawin dan hidup bahagia maknanya kau belum bahagia.
Di atas tu banyak yang tiada kaitan dengan apa yang aku nak cerita.
Dengan selamba aku cakap aku patah hati atau lebih macho, aku bahagia.
Gila ke apa? Patah hati ke bahagia?
Nak cakap macam mana pun aku tak tahu. Aku sangat-sangat kecewa dalam masa yang
sama aku dah dapat jawapan kepada persoalan selama ini.
Hal ini aku dapat lihat dari mula lagi. Dari mula-mula berkenalan aku dah merasa
kurangnya komunikasi. Bertahan selama hampir 9 bulan. Kalau mengandung dah
beranak kot. Dalam 9 bulan ni apa yang aku dapat hanya alasan. Alasan yang
tak pernah logik dek akal tetapi diterima oleh hati.
Tak pernah aku merasa bodoh sebegini dan ini adalah sangat mengecewakan.
Kau memberi alasan bahawa keadaan kau dan sekeliling kau yang membuatkan kau
ambil keputusan ini. Pada aku tidak. Ada perkara lain disebalik alasan mu itu.
Apa pun aku hormati keputusan kau.
Sebelum itu marilah layan sebuah lagu dari Westlife. Fool Agains.
Enron, Bersih dan Politik Kita
satu per satu sampai nombor di butang remote Astro tu hilang.
Sebab sewaktu aku menonton Enron tersebut aku terfikir kaitannya dengan sebuah negara.
Enron adalah sebuah syarikat besar yang mempunyai lebih dari dua puluh ribu pekerja. Sama seperti
sebuah negara yang mempunyai berpuluh juta atau beratus juta rakyat. Isu penting ialah bagaimana
sesebuah organisasi berfungsi, diuruskan dan ditadbir.
Sebuah organisasi berfungsi untuk satu kepentingan iaitu keuntungan kepada organisasi itu sendiri.
Tetapi apabila ia diurus dengan teruk dan ditadbir dengan korupsi, organisasi tersebut akan musnah.
Sama seperti sebuah negara. Lihat Greece. Pada tahun 2004 dulu Greece megah dengan penganjuran
sukan Olimpik. Temasya sukan terbesar dunia. Hampir 10 tahun dan kini Greece telah pun bankrap.
Aku ingin kaitkan Skandal Enron dengan kita, Malaysia atau nama baru 1Malaysia.
Mengenai politik kita
29.4.12
feeling f***ing so sick
hurmm...sejak sebulan dua ni aku rasa sangat
sangat tak menggembirakan. kecewa. mungkin
itu ayat yang sesuai. aku sangat kecewa. aku pernah
rasa perasaan begini dan ia tidak membuat aku selesa.
malah aku rasa takut dan marah.
kenapa aku takut? sebab aku takut aku silap. aku
takut dia juga silap. aku takut perkara yang sama
berulang. macam macam lagi yang aku takut.
aku tak tahu apa yang berlaku di sana. aku rasa seperti
tidak berfungsi sepenuhnya. tidak langsung. keinginan
aku sebagai seorang lelaki tidak langsung dirasai.
ye..ayat aku memang poyo. tapi perasaan aku tak.
dalam perhubungan dua hala bagi aku mudah. toleransi. apa dia toleransi? komunikasi, fahami dan tolak ansur serta logik. dah macam belajar matematik.
bagi aku mudah. kau dan aku.
aku perlukan kau sebagai dorongan dan sokongan untuk aku.
cuma, lelaki perlukan layanan dari seorang perempuan yang melayannya seperti lelaki.
dan aku sesungguhnya melayan kau sebagai wanita.
10.4.12
live your life by yuna
aku memang respek si yuna ni. dia memang minat dengan musik-musik yang dibawa oleh pharrel williams.
dan sekarang dia dapat bekerjasama dengan pharrel. dan hasilnya. awesome!!!
album baru akan keluar pada 24 April 2012. tajuk 'yuna'.
"Working on 'Live Your Life' was a lot of fun. It was really spontaneous how the song came about -- I walked into the studio one day and I heard Pharrell making this beat and I really didn't know he was making it for me! He was a really cool guy, I had a lot of fun working with him and on the song. 'Live Your Life' is about taking charge of your life. A lot of people out there have no control over their own lives and they spiral down into a dark place. Basically, I'm just trying to get people to believe in their dreams again." -- Yuna
even lagu 'come as you are' oleh nirvana yang di-cover oleh yuna pun dapat pujian. that's legend.
yuna dicalon untuk nickelodeon kids choice awards untuk 'fav asian act'.
semua maklumat dari web yuna sendiri.
jarang jumpa binatang pandai main bola
“Saya amat kecewa apa yang berlaku dan kekecewaan yang dialami pasukan Manchester City, terutama (pengurus) Roberto Mancini, yang saya amat sanjungi," kata Balotelli dalam satu kenyataan yang diberi agennya, Mino Raiola kepada agensi berita ANSA.
“Saya amat komited dengan pasukan kebangsaan tapi semalam (Ahad) saya melakukan dua kekasaran sehingga mendapat hukuman itu, bukannya atas tingkah laku saya," katanya. - AFP
dipetik dari bhonline.




