17.4.11

celcom

aku tanya member serumah aku yang kerja di celcom
"aku nak join kerja cam ko boleh tak?"
member aku jawap "boleh je.tapi sekarang dia orang nAk diploma."

aku down sekejap.
betul ke aku nak tukar kerja ni...?
kerja gomen tak okay ke..?
kaau mak aku tau mampus aku.

ada sebabnya aku tanya member aku tu.
sebab gaji dia mahal.mahal dari aku dan keje tak menentu.
sesuai dengan keadaan aku sekarang yang dah tak menentu.

tapi aku tak terniat pun nak tukar kerja ni.
bangsat bangsat pun kerja aku selesa.
duduk dalam ofis berhawa dingin.
sabtu ahad cuti.
(memang tak kemanalah kalau fikiran orang nak masuk kerja gomen semata mata itu)

aku lebih suka kerja di luar. dulu pun kerja aku jenis runner.
masuk giant, tesco, jusco, balik rumah.
kawan pun ramai.ada yang sial ada yang gila ada yang tak sedar diri nak mampos.
lagi pun aku suka sebab aku dapat travel sana sini. dalam kuala lumpur je pun haha.
tapi aku akui memang fun. team aku pun tak kurang hebatnya. team sales and merchandise.
mana tak hebatnya. ada sorang rakan sekerja ni kuat sembang dan temberang.
katanya pernah jatuh motosikal dan lori langgar di bahagian kepalanya yang pada waktu itu
sedang memakai helmat arc. kunci pada cerita dia kepala dia ok sebab pakai helmet arc tu.
percaya? aku serah pada Tuhan.

sekian

16.4.11

betul ke?..

aku tak happy. perak kalah kepada selangor hanya satu kosong. aku lagi tak happy.
rasa macam tak berguna.

aku saja tengok facebook dia. aku tengok dia happy. aku tak.
dia upload gambar, komen, dan keluar dengan rakan rakan dia.
ya aku jeles. dia happy keluar dengan kawan kawan dia.
aku tak kisah pun. aku tak halang.
cuma aku jeles.

aku jeles sebab dia tinggalkan aku.
dengan siapa lagi aku nak bermesra. housmate aku semua laki.

"saya gay. saya ok"

tu bukan aku. bukan la jugak maksud aku.
maksud aku, takkan dia tak boleh tolak ansur.
aku tak minta selalu. tapi sekali sekala.
housmate aku pulak selalu dengan 'masa' dia orang sendiri.

aku keseorangan. kesepian. aku nak..

aku masih mengharap...

11.4.11

patut ke aku buat macam ni..

" kalau kau tak nak dia melepas baik kau bagitau dia cepat" sergah kawan aku sorang
"aku dah buat la" jawab aku dengan selamba

aku tak tahu la dimana silapnya hubungan aku dan dia.
pada permulaannya pun tak mudah..ada saja halangan dan gangguan.
kemudian semuanya jadi baik.aman tenang dan lancar.
aku memang dah jatuh hati lama dengan dia.bukan sebulan aku kenal dia.
bukan dua tiga empat bulan tapi dua tahun.
barulah dia merelakan hatinya untuk bersama hati aku.

aku tak mahu cerita lagi.ianya akan buat aku bertambah sakit.
aku tak mahu kehilangan dia.aku cinta dia aku sayang dia.
oh Tuhan.

aku kembali seperti dahulu.aku mula bersujud.apakah bila tiba waktu sukar baru aku nak ingat kepada Nya.
kali ini aku benar berjanji kepada diri aku.
aku harap aku tidak ingkar kepada Nya

sayang kaulah satu satunya yang aku cintai.
kaulah yang pertama dan kau jualah yang terakhir.
sayang sekiranya aku membuat hati kau terguris, sayang kau gurislah diri ini dengan pisau
sayang sekiranya aku membuat kau marah, kau lemparkanlah kata kata marah itu pada diri ini
sayang sekiranya aku membuat kau menangis, kau percayalah bahawa hati ini lemas dalam tangisan mu
sayang, aku rela korbankan apa saja untuk mu.

...hati ku dah tak tertahan lagi.

8.4.11

balik kampung

hmm..minggu ni die balik kampung
aku rasa sunyi sangat
kadang kadang rasa macam orang bercerai
aku tak ada masalah pasal die balik kampung

aku nak die!!!

aku rindu waktu kite bersama
aku sayangkan hubungan kite berdua

hari ini aku rasa lain
tak sama macam hari hari sebelum ni

6.4.11

aku nak jugak

aku pergi giant.aku nak beli daging berger.
aku lapar.sambil jalan jalan aku usha awek.
xde pun.tp couple ramai.
CEMBURU AKU
ada yg berkepit ada yg berpegang tangan.
ada jgk yg main geli cucuk sana cucuk sini.

hmmm..aku rasa semacam.
macam aku ni org x nampak.tp bile aku tgk org org tgk aku balik
nampak la tu kan

ok terus terang aku frust..
aku nak sangat ada orang sayang aku dan aku sayang balik
sebab orang yang aku sayang dan sayang aku
dah berubah hati.

aku konfius

31.3.11

mcm ni pulak? (lantaran dr mcm mn?)

pg ni mmg hampeh..
u klua je dr rumah dah nampak marah marah
jgn la cam tu.i rs mungkin u marah pasal semalam.
tp why?i dah clear kan? i xkan bising bising lg.

i rs ada some problem ni

i ask,

"nampak marah td? ada masalah ke?"i tanya dgn lembut
tp i bukan lelaki lembut k..

u diam, geleng kepala pun tidak.hanya muncung smp dashboard kete..
i tgk u pakai bj kurung hitam.i x pernah tgk u pakai.i nk tegur pakai bj baru ke tp
sbbkan muka u masam smp asam boi pun kalah i x jd tanya.

smp ofis u turun..

"bye"

i balas "bye"

macam mana?

semalam..
bukan hari ni k...

semalam aku lepaskan ape yg terpendam
aku sounding die dlm kete..
aku x jht.aku bukan nk buat org marah..
tp kalau aku x luahkan aku plk yg marah marah
aku minta maaf.

atleast skrg aku x perlu kata ape ape lg..
i will wait your answer
left or right its your decission

manusia x pernah lekang dr maslah, jgn jadikan hal hal
yg x masuk akal sebagai alasan..
semua perkara boleh di bincang boleh di tolak ansurkan.
x pernah ada pilihan yg tepat.setiap pilihan ada kesannya

i dah suarakan bahagian i
now or then it your part to do..
left or right will effect my too..

sincerly,