30.6.11

cry

'nanti kamu tolong hantar pada cc maznah di admin'

'ok tuan' jawab aku.

aku duduk kejap di meja aku. sambil melayari internet.
aku pun bukalah website hrmis. sebuah website
untuk kakitangan kerajaan.
bunyi macam bagus..

arahannya, siapkan skt sebelum 30 jun. huhh..bila dah
hujung bulan ni la baru nak buat.
malaysian biasalah.

aku call kau kejap. nak tanya pasal skt. aku dah lupa dan aku tak
tahu macam mana nak isi.

'hello, awak ada tak kopi original skt?' aku soal.

'kopi original tak ada, yang ada senarai tugas yang dulu tu'
jawabnya.

kami berbual pasal skt. aku dengar sesuatu yang aku pernah
dengar dulu. tangisan. kau sedih.
lantas aku soal adakah kau menangis. kau jawab tak ada.

aku amat kenali diri kau. aku tahu kau sedih, kau menangis.
aku tak fikir lagi. selepas turun dari admin aku terus ke kafe.
mencari sesuatu. aku nampak cadbury.

'berapa ni kak?'

'dua ringgit lima puluh sen' jawab kakak tu dengan nada perli.

aku seluk poket dan tarik. keluar tiga ringgit.
capai cadbury dan terus jumpa kau.

28.6.11

new beginning

one day at the bowling alley..
some one stop behind me..and stare
and I stare back at her..and fake a smile..haha
she look familiar. she smile back.

my heart melt like a ice on hot day.
dalam otak aku dah mula cari idea untuk cakap dengan dia.
but..dia dengan siapa? kawan kawan? boyfriend?
tu boyfriend dia ke? ahh! baik aku tanya sendiri..
tapi berani ke..

'kalau boyfriend dia marah macam mana?' zaed cakap dalam hati.
kita orang buka group hhm (heart to heart messenger)

hmm..tu la susah jugak..malu pun ada. tapi kalau aku terus jalan dan buat tak tahu sama la macam
kambing. kambing kalau kau letak emas depan kambing, kambing tengok lepas tu dia lalu je..pergi cari rumput..aku tak nak jadi kambing. aku dah ke laut dah ni.

'gi je lah jang' kata sakti dari zaed.

hmm..hantar kasut bowling dulu. nak tanya ke tak, nak ke tak, nak ke tak..
aku pun jalan terus. tiba-tiba aku terus jalan arah dia..ehh?

I ask 'had do we met before?'

'err..no.' she replied.

I really malu. then she said 'kat mana?'

'at dataran when the events LTDL' I said.

'ohh. no I tak pernah pergi events for LTDL' she said.

I'm so tak boleh tahan because she look very kind and when we talk its like breathe easy.

I think she cute and she is single..woohoo!

aku ada minta no phone dia..but she refuse.

anyway nice to meet you. hope we will see again.


p/s: pasni main bowling la tiap tiap hari hahaaaha..

27.6.11

dia dah bahagia.kau bila lagi?

okey cenggini. tak semua orang dilahirkan dengan hati yang sama. ada yang hatinya lembut, ada yang hatinya keras pejal, ada pulak yang hatinya mudah berubah-ubah mengikut cuaca dan keadaan. okey cuaca tu tipu. jadi, kita tak boleh nak expect semua orang sama. kalau kita boleh lupakan bekas kekasih dengan mudah dan senang hati, kenapa dia tak boleh? oh kita tak boleh expect cenggitu. lain orang, lain level of tolerant dia.


jadi, apa kata kalau kita guna psikologi ke atas diri sendiri. hey kamon.. bekas kekasih engkau dah kahwin pun, dah bahagia dengan orang lain, pasangan yang dia sendiri pilih, yang dia cinta dan kasih. apa kau fikir dalam kepala dia masih ada ingatan terhadap engkau? cuba kau bayangkan pula, kalau waktu hujung-hujung minggu, sikit punya bahagia bekas kekasih basuh kereta sama-sama dengan isteri dia, siap main aci kejar, sembur-sembur air, last-last berpelukan, saling bertentang mata, kemudian ketawa lepas bebas bersama. bahagia. apa kau fikir, bila dia bahagia macam tu, sebaris nama kau masih bergema-gema dalam hati dia?


jangan berangan.


dia bahagia, sedangkan engkau menghiris hati sendiri dengan ingatan dan rindu terhadap dia. apa kau ingat itu berbaloi? kita dikurniakan tuhan dengan tubuh badan yang sihat, tuhan beri kita hati, untuk kita jaga dengan sebaiknya. diri kita ini amanah tuhan tahu? apa sanggup kita siakan amanah tuhan dengan merosakan hati dan diri sendiri? kamon !! bangkit dan cari bahagia kita. bahagia yang sepatutnya kita genggam. buat apa nak tunggu lagi orang yang dah tak sukakan kita? buat apa nak tunggu lagi orang yang dan bahagia dengan pasangan yang dia cinta? kalau pun ada cinta itu untuk engkau, itu dulu. itu cerita lama sayang. benda yang lama-lama orang dah tak ingat lagi. orang simpan dalam kotak, seal kemas-kemas dan letak dalam stor.


tulisan ini mungkin kasar pada pembacaan kamu-kamu yang sedang walang. tapi percayalah, bahagia untuk kamu ada menanti di hadapan. lupakan si dia yang telah bahagia. cari bahagia yang sepatutnya kamu genggam. boleh kan?


sejak sebelum kejadian kita lagi, sebenarnya kita adalah insan yang menang.. dalam jutaan hidupan kecil yang berenang-renang, hanya kita saja yang berjaya menakluki dan mendiami rahim bonda kan? cari bahagia kita, dan raikan kemenangan itu dengan bahagia itu nanti.

 
aku kopi dari hasil shahirahkhairudin

23.6.11

How..witzer

How? macam mana?

Macam mana aku nak terangkan pada dia lagi.
aku nak beritahu dia apa yang sebenar-benarnya isi hati ini.
aku tahu kita berbeza.
agama, budaya, jantina.

tapi cinta tak pernah bezakan semua itu.
ada yang bercinta dengan pasangan yang 10 tahun beza umur.
tapi bahagia hingga tak terhingga.

ada yang bercinta dengan pasangan yang lain agama.
tapi bahagia sehingga tua.

ada yang bercinta dengan pasangan sejenis.
yang ni tak bahagia. tunggu masa je bumi bergegar. kene sambar petir.
Tuhan marah.

Tapi aku nak dia tahu. aku berubah kerana dia.

"kalau nak berubah, berubah la. 'saya' tak kisah."

berubah kerana dua sebab.
kerana seseorang atau untuk seseorang.

yang penting orang itu sebab aku berubah.
sebab aku ingin selami hati dia.
sebab aku ingin kenali dia.
sebab aku ingin bersama dia selamanya.

aku tak kenal cinta sebelum kenal kau.
aku tak tau hati perempuan sebelum kenal kau.
aku juga pernah cakap "buat apa ada awek. hidup single best"

tapi realiti, single is hell!
single aku tak boleh mingle
single is not fun.
tak ada siapa yang boleh share probelem lagi.
dengan siapa lagi aku nak dinner, lunch
tengok movie sorang sorang
drive sorang sorang
wish goodnite kat facebook (gua tak la. tapi gua nampak ramai yang buat)

kadang kadang aku marah dan sedih bila ingat balik.
kek besar, drinks, smiles, fun, and the part that you hold my hand saying...........................forever

aku pun bersalah juga pada dia.
aku tak berniat nak lukakan hati siapa pun.
benda datang tak diduga.

kini semua orang bercakap pasal kita.
menganggap kita bahagia. kau mungkin bahagia.
bahagia aku hilang setelah kau katakan 'perkataan' itu.
teruk sangatkah aku pada kau?
aku yang sanggup bersabar selama ini walaupun kau pernah katakan
yang kita tak akan bersama. kau juga pernah nyatakan supaya aku tidak mengharap.
tapi aku bertahan kerana cinta. kuasa cinta.
bila kau katakan ada orang ingin melamar kau, bagai nyawa keluar dari tubuh ini.

tapi aku akur. kalau Tuhan katakan jodoh kita ini. inilah dia.
kau janganlah berahsia dengan aku. jika kau ada wajah yang lain. ceritakanlah.

kita semakin lama semakin tua. besar, dah besar pun.
dah boleh berfikir.

kata orang kita pasangan secocok. hati kita orang tak tahu.
jangan kau anggap aku tidak boleh terima kau tinggalkan aku.
aku cuma masih syayangkan kau. dan saban hari aku menanti
untuk kau kembali.



...hati kau keras. hati aku tak. aku mencari sesuatu. untuk hilangkan rindu.
dan aku harap aku tak jumpa kerana aku sayangkan kita.
aku suka kau dari dulu..




-bebelan ini keluar tanpa idea. sisi hati aku yang belum di calit ubat. masih terasa sakitnya.

20.6.11

Jom Balik Kampung!

balik kampung lagi? wahh bagus bagus bagus..
tapi bukan kau baru balik kampung ke baru baru ni?
biasanya kalau tak ada hal penting kau tak balik kampung.
ambil cuti pun bukan main susah lagi. kali ni cepat je.
tau tau "petang ni tak pergi aerobik. nak balik kampung"

terkejut! biasa mesti kau beritahu dulu sebelum ni.
tak apalah. kau nak balik kampung tiap tiap minggu pun okay.
kalau duit banyak la..hahaa.

rindu lama tak jumpa. dah dekat 2 hari tak jumpa.
aku nak mesej kau kejap.

aku: Hri ni wat pe awak?
kau: dk rmh je
aku: awak dah makan?
kau: dh..
aku: bla..bla
kau: bla..bla
aku: bla..bla..bla mls nk tido..rindu je rasanya hehe..
kau: tdo la..
aku: emm..gudnite syg
kau: emm g9..


kau balas emm jugak. aku rasa macam tak nak delete je mesej tu.
harap harap emm yang kau tuliskan tu menjadi kenyataan. syayang.
dan harap harap kau perasan yang aku memang tak sayang orang lain
selain..kau

18.6.11

Khayalan

"kau ni apa hal? senyum la sikit"


kau nak aku senyum buat ape zaed. gay ke? oh tidak..

hurmm..kau pun taukan hal aku. cuba tengok jaboo tu.
dia dah ada awek pun masih nak merajuk. jaboo merajuk.
lelaki zaman sekarang, macam tu la.

aku senyum pun still tak ada rasa happy. bila tengok kau dengan jaboo
masing masing ada girlfriend. sekurang kurangnya kau orang boleh merajuk, boleh pujuk,
boleh keluar shopping sama sama. have lunch, dinner. hang out, movies.
make good memories.

"mu cari je la yang lain. duk tunggu hak yang orang tak nak buat pe!"


ala jaboo mu cakap aku. mu tu sumbat je apasal tak cari lain?
susahkan? macam tu la aku jugak. ape yang kite rasa ni sama je boo.

kau suruh aku cari orang lain. buat apa nak tunggu kalau orang dah tak hendak.

aku cuba cari orang lain tapi susah.
susah aku nak cari orang lain yang boleh buatkan aku lupa dia.

kau orang pun fahamkan. aku kawan dengan dia lama mana. banyak memories
dalam otak aku ni. dialah first aku. aku tak dapat nak lupakan dia.

kalaulah orang yang kita suka dapat rasa perasaan kita terhadap dia.

"tanyalah dia, dia suka ke tak?"


heyyyyyyyy...ko ingat aku sakit kepala ni sebab dia tak nak aku ke?!
kalau tak nak. aku pun tak akan simpan lagi keinginan luar biasa ni.
masalahnya soalan aku yang dari dulu masih menjadi tanda tanya.

hanya Tuhan saja yang tahu perit penantian.

sahabat kata yang lain ramai menunggu,
tapi fikiran masih terbayangkan kamu.


bye.

16.6.11

Dulu aku ada buat entry pasal Zaed. Bengong Zaed. Nak baca?

Klik ni dia kawan aku

Kali ni untuk kau Jaboo. Sebab kau sumbat. King of sumbat.
Nak ajak pergi makan pun nak kena bagi tau ke?
Aku pergi sorang sorang tinggal kau karang baru tau.
Kebulur kau.




Perempuan kalau merajuk lama sangat memang cepatlah lelaki bosan. Pujuk 5 6 7 8 kali pun masih nak merajuk bagai aku pun sakit hati. Lempang baru tahu. Jangan expect lelaki ni boleh tahan dengan perangai perempuan macam ni. Kalau sekali sekala merajuk lepas pujuk sekali dah ok tak apa lah. Jangan sampai selalu sangat. Lama lama boleh buat gaduh. End up arguing. Masa tu dah tak boleh tolong dah relationship korang tu. Bila bila masa si dia akan cakap "I am done with you! We are over now". Masa tu jangan menangis. Sebab sikap merajuk kamu yang melampau itu.

Jaboo kalau kamu baca entry ni. Faham-faham je la. Hahaha..
So aku beri kau idea untuk pujuk awek kesayangan kamu itu.

Beri kejutan.

This is a very fun part to do. Cuba belajar masak lauk kegemaraan si dia. Kalau si dia suka ayam goreng, cepat cepat tanya mak kau tu resipi ayam goreng yang mampu buat ayah kau terliur dengan resipi mak kau sendiri - haha. Lagi lagi kalau si dia tahu kau jenis tak masuk dapur. Tiba tiba masak untuk dia. Wah wah wah. Tak ke berbunga hati si dia. Secara tidak langsung perasaan masa mula mula kapel tu dulu wujud balik tahu?
Kalau malas nak masak, kau beli je gift. Tapi aku rasa dah banyak sangat gift yang kau beri kat dia.
Try beri dia pakaian dalam. HAHAHA. Lain sikit dari biasa. Tapi zaman sekarang ni pada pendapat aku
setakat pakaian dalam tak heranlah. Kalau awek aku suruh beli panties pun aku ok je. Apa ada hal..

Kalau aku, aku suka bagi surprise. Plan baik-baik. Setkan masa tempat dan tujuan.
Then, DABOOM! Plan tak jadi. Padan muka. Tapi atleast kau trykan.
Aku suka idea masak. Masak untuk aku boleh? Masak la apa-apa.

Tak pun, kau stop je la Jaboo. Leh join aku. Jadi wingman aku. Kite sama-sama single. Kite pergi club setiap malam balik ikut Jalan Pudu. Ok? Hahaha..

Ok lah.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Salam.