4.4.14

document in part C


Kehadapan Lam Yoke Mei yang diketahui,

Diketahui bahawa anda ada masalah bersama rakan-rakan sekerja anda yang lain.
Biasalah kita di mana-mana ada masalah.

Di sini ingin saya maklumkan dan tekankan bahawa anda telah membuat saya berasa kecil hati dengan kaitkan saya dengan masalah yang anda hadapi dengan orang lain.
Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali.

Saya bukanlah tidak menyokong anda tetapi ada masa saya juga tidak tahan sekiranya anda kaitkan saya dengan setiap masalah anda bersama orang lain. Saya juga melalui masalah yang sama seperti anda tetapi saya tidaklah akan menuduh orang lain dengan secara terus seperti pagi tadi anda menuduh saya yang tuang air ke dalam jug.

Anda mungkin marah ketika itu tanpa mempedulikan perasaan saya.
Mengikut kajian apabila seseorang dalam keadaan marah kawalan fikirannya akan jadi terhad.
Dalam bahasa lain ialah menjadi kurang waras.

Walaubagaimanapun saya ingin tekankan bahawa telah banyak kali anda membuat tuduhan terus ke saya.
Apa pula perasaan saya ini? Tiada langsung kaitan saya dengan masalah anda dengan orang lain.

Sekali lagi ingin saya beritahu anda sekiranya anda dalam berkeadaan marah/ /angry, 
anda duduk dulu kemudian fikir sejenak dan bernafas dan lepas itu baru buat keputusan.

Juga ingin saya beritahu anda janganlah kaitkan marah dengan kerja kerana itu adalah dua perkara yang berbeza. If u excels in work but fail in emotion it will be GAP in your life.

Sekian.


"No change, I can't change
I can't change, I can't change
But I'm here in my mould
I am here in my mould
But I'm a million different people
From one day to the next
I can't change my mould
No, no, no, no, no, no, no, no, no, no, no, no"
The Verve - Bitter Sweet Symphony

3.4.14

honestly...

stupid, jerk, total idiot, shameless.

itu yang aku fikirkan bila aku perhatikan, analisis dan dengar.
rupa paras itu tak penting.
akal dan hati yang perlu.
 

26.2.14

Di mana kekuatan Kedah hingga Portugis tak berani serang?


Kerajaan kedah sudah wujud lama dan dinasti kesultanan kedah dikatakan sudah 700 tahun lamaya. Dimana kekuatan kerajaan kedah?

Di sini ada kisah sejarah yang elok disebarkan supaya semua dapat kesedaran dari kisah yang sengaja tidak didedah disebabkan agenda tertentu. Mudah-mudahan dapat diambil iktibar dalam berhadapan dengan betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.


1508:
Alfonso de Albuqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruh ke Asia Tenggara. Ketika itu Melaka adalah pusat perdagangan Asia Tenggara dan juga laluan penting perdagangan timur barat.


Raja Portugis pun bersetuju lalu disediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal dan dianggarkan dianggotai 15,300 bala tentera

1509:
Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana

Okt 1511:
Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi).

Suatu mimpi ngeri bagi pihak Alfonso untuk berlawan dengan 5 Hang bersaudara. Mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari dengan 5 Hang bersudara.


Akhirnya mereka berjaya memasuki pelabuhan Melaka dan menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa. Semua atas bantuan pedagang cina dan pembelot Raja mandaliar.


1512:
Setahun 12 bulan kemudian, Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Ketika itu kawasan tersebut adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:
Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Masa tu semua tu sebahagian dari kerajaan Kedah.

Mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan. Seminggu selepas Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.


Dengan muka yang ammat risau, perisik tersebut menasihatkan Alfonso melupakan saja niat untuk menawan Kedah. 

Katanya, "Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun, kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera. Inikan pula kita nak menawan Kedah yang mempunyai beribu ribu hang.


"Antaranya hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam-macam lagi hang ada kat sana..."


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri Ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ...


Aku copy setiap perkataan dan gambar dari satu blog.
Pergi lantak la blog tu.

27.11.13

Snowflake

Sedap tau makan Snowflake ni. Kedai dia tak banyak sangat sebab baru lagi.

Aku nak tanya pernah tak kamu tengok cermin dan fikir sekejap yang kamu ni sama
macam orang lain cuma yang beza rupa, nama, warna, perangai dan lain-lain.
So, apa bezanya?

What is the point Latip!!!

Aku cuma nak beritahu kalau dah budak tu budak la perangainya.
Dan ada juga yang dah tua tapi perangai mcam budak juga.
Perangai kebudak-budakan ini tak lah sangat membantu dan tak la sangat
digemari ramai.

Mungkin kau ada 1 atau 2 atau 3 atau 4 atau 5 sahaja yang suka tapi setakat mana?

Jangan susahkan orang lain dengan perangai keba...kebudak-budak anda. Ya anda
yang sedang baca ini.

18.11.13

Bill Withers kata...

...Ain't no sunshine when she's gone
It's not warm when she's away
Ain't no sunshine when she's gone
She's always gone too long anytime she goes away

Wonder this time where she's gone
Wonder if she's gone to stay
Ain't no sunshine when she's gone
And this house just ain't no home anytime she goes away

And I know, I know, I know, I know
I know, I know, I know, I know
I know, I know, I know, I know
I know, I know, I know, I know
I know, I know, I know, I know
I know, I know, I know, I know
I know, I know
 
Hey, I oughtta leave young thing alone
But ain't no sunshine when she's gone
 
Ain't no sunshine when she's gone
Only darkness every day
Ain't no sunshine when she's gone
And this house just ain't no home anytime she goes away
 

Anytime she goes away
Anytime she goes away...

12.7.13

Mesir: Revolusi yang belum berakhir


Sebaik saja mendapat maklumat daripada kawan-kawan di Mesir mengenai kemuncak perancangan untuk menjatuhkan Presiden Mohammed Mursi saya terpaku di hadapan television mengikuti perkembangan di sana melalui stesen tv Al-Jazeera. Hampir jam 230 am 3 julai maka keluarlah berita rasmi Presiden Mursi digulingkan oleh tentera. Abdul Fatah As-Sisi, Menteri Pertahanan yang dilantik oleh Mursi muncul bersama-sama dengan pimpinan gerakan tamarrud-rebel mengumumkan berita yang mengejutkan ini. Mesir menambah satu lagi koleksi sejarah selepas Firaun, Namrud dan Qarun iaitu Abdul Fatah As-Sisi adalah jeneral tentera pertama yang menjatuhkan presiden yang dipilih oleh rakyat dengan jalan demokrasi yang diiktiraf oleh negara dan badan-badan dunia. Sejurus selepas penggulingan kuasa ini As-Sisi telah mengumumkan bahawa perlembagaan digantung buat sementara waktu, pelantikan presiden sementara dan dipercepatkan pilihanraya presiden.

Kejatuhan Mursi tidak akan berlaku melainkan dengan sokongan pihak tentera dan gerakan massa daripada rakyat bawahan. Pihak tentera khususnya yang berpangkat tinggi walaupun masih dilihat tergugat cengkaman mereka selepas kejatuhan Hosni Mubarak tetapi mereka hanya menunggu peluang yang baik untuk menunjukkan wajah mereka yang sebenar. Akhirnya peluang itu datang apabila gerakan tamarrud digerakkan oleh Ketumbukan Menyelamatkan Revolusi yang diwakili oleh parti-parti sekular, nasionalis dan kumpulan upahan Islam berjaya mengupah orang awam biasa yang mudah termakan dengan umpan wang ringgit yang sedikit kerana kesempitan hidup, mereka keluar di dalam himpunan dan demonstrasi dalam masa yang sama disokong oleh media upahan yang membesar-besarkan protes ini. Padahal himpunan penyokong Morsi lebih ramai jika dibandingkan dengan himpunan yang dilakukan oleh golongan tamarrud ini.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak tentera ini menimbulkan berbagai kemungkinan senario politik yang berlaku di Mesir samaada ianya akan bertambah reda dengan penyertaan pelbagai pihak untuk merangka pelan politik pasca kerajaan pimpinan Mohammad Mursi atau ianya akan berubah menjadi semakin parah dengan pertembungan antara penyokong Mohammad Mursi dan kalangan pembangkang dan lebih bahaya lagi ianya boleh membawa kepada pertempuran berdarah di wilayah-wilayah yang banyak dipengaruhi oleh golongan Islam yang banyak ditindas oleh pihak tentera sejak dari zaman berzaman.

Rampasan kuasa yang berlaku di Mesir ini bukanlah perkara baru, ianya pernah berlaku di Algeria pada awal 1990 an apabila parti Islam FIS menang dalam pilihanraya, pihak tentera ambil alih kuasa dan pimpinan FIS dipenjarakan seperti Abbasi Madani, Ali Belhadj dan lain-lain lagi. Begitu juga ianya pernah berlaku beberapa kali di Turki antaranya ketika parti Refah yang diketuai oleh almarhum Nejmuddin Erbakan mengambil alih kuasa pihak tentera masuk campur dan kerajaan pimpinan parti Refah digulingkan. Akan tetapi tindak balas pihak tentera menggulingkan Mohammad Mursi di Mesir ini berbeza kerana beberapa sebab antaranya:


1- Kuasa yang diperolehi oleh golongan Islam samaada gerakan Islam yang sederhana iaitu Ikhwan Muslimun melalui sayap politiknya parti Hurriyyah wa Al-‘adalah-Freedom and Justice atau yang mengikut aliran-aliran yang lain dalam pilihanraya yang diadakan pada tahun lepas seolah-olah mutlak bukan sahaja menguasai parlimen bahkan juga Majlis Syura dan Presiden yang dipilih juga adalah calon daripada Ikhwan Muslimin. Pengaruh Ikhwan Muslimun di dalam tampuk pemerintahan ini sangat dibimbangi oleh Israel dan Amerika Syarikat dan ianya juga dilihat boleh menggugat negara-negara Arab lain khususnya negara Teluk yang diperintah oleh sistem beraja yang mutlak dan menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat. Ini adalah kerana Ikhwan Muslimun adalah Gerakan Islam paling lama yang sudah bertapak lebih daripada 80 tahun dan paling berpengaruh yang mempunyai cabang-cabang di seluruh negara Arab.

2- Kedudukan Mesir yang begitu strategik di dunia Islam samaada dari sudut ketenteraan, sosial politik dan geografi politik. Negara Mesir adalah antara negara yang mempunyai jumlah penduduk Islam teramai di negara Arab khususnya di kalangan Ahl As-Sunnah. Di tambah lagi dengan kedudukan geografinya yang begitu strategik, bersempadan dengan Israel dan juga Gaza yang dikuasai oleh kumpulan Islam HAMAS. Kewujudan Terusan Suez juga adalah yang menjadi penghubung laluan kapal-kapal dari seluruh pelusuk dunia juga memainkan peranan yang penting ditambah lagi dengan kesuburan tanahnya khususnya delta sungai Nil yang menjadi sumber pertanian yang besar.

3- Di sepanjang sejarah kebangkitan Islam, Mesir memainkan peranan yang sangat signifikan ketika umat Islam berada di saat-saat yang cemas dan genting. Pembebasan Baitul Maqdis dari tangan Salibiyyin oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi bermula di Mesir iaitu setelah baginda mengambil alih pemerintahan kerajaan Fatimiyyah dan akhirnya berjaya menyatukan umat Islam sehingga berjaya membebaskan Baitul Maqdis pada tahun 583 hijrah. Begitu juga Ketika kerajaan Islam Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad dibadai oleh bala tentera Tatar, seolah-seolah kerajaan Islam sudah berkubur, ribuan umat Islam dibunuh, masjid-masjid dimusnahkan dan kitab-kitab dijadikan jambatan di atas sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya bertukar menjadi hitam. Lalu Sultan Qutuz yang merupakan salah seorang sultan daripada kerajaan Mamalik yang berpusat di Mesir memimpin umat Islam dan mengalahkan tentera Tatar di dalam peperangan Ain Jalut pada tahun 658 hijrah.
Maka di atas dasar ini tidak mungkin samasekali Amerika Syarikat akan berdiam diri dengan perkembangan yang berlaku. Ini juga berkait dengan masa depan negara haram Israel yang begitu tertekan dengan penguasaan golongan Islam di Mesir yang sudah tentu memberikan kekuatan kepada kerajaan HAMAS di Gaza yang menjadi duri di dalam daging kepada Israel. Ringkasnya sesuatu mesti dilakukan untuk menyekat ‘bahaya’ ini.

Setelah berlalunya revolusi 25 Januari yang menjatuhkan Hosni Mubarak dan kemenangan golongan Islam di dalam pilihanraya yang diadakan khususnya kemenangan Dr Mohammad Mursi sebagai presiden, tiada siapa yang menjangka akan berlaku satu lagi revolusi. Seolah-olah semuanya berjalan dengan baik kerana inilah jalan demokrasi, pihak yang kalah mestilah menerima kekalahan walaupun sepahit mana sekali pun tetapi apa yang berlaku mendedahkan wajah sebenar golongan Sekularis, Libralis dan Nasionalis yang tidak boleh menerima samasekali kemenangan golongan Islam. Demokrasi bagi mereka tidak boleh diterima jika sekiranya golongan Islam yang menang, mereka tidak akan berdiam diri kerana mereka tahu mereka disokong oleh kuasa-kuasa besar, inilah sikap hipokrit negara-negara Barat yang kononnya bertuhankan kepada Demokrasi. Setelah Dr Mohammad Mursi disingkirkan tidak ada negara yang mengecamnya melainkan Turki dan beberapa badan seperti Kesatuan Afrika. Mereka yang paling gembira ialah negara-negara Arab Teluk khususnya Arab Saudi dan UAE yang tidak berselindung langsung kegembiraan mereka dengan kejatuhan Mursi dan kerajaan pimpinannya, senada dengan kenyataan di dada akhbar-akhbar utama Israel yang menghemburkan pujian kepada As-Sisi kerana berjaya menggulingkan golongan Islam daripada tampuk pemerintahan.

Pada hari ini genap seminggu rampasan tentera di Mesir, keadaan masih kucar kacir, Adly Mansour presiden sementara yang dilantik masih lagi gagal untuk membentuk kerajaan sementara. Penyokong-penyokong Morsi memenuhi dataran-dataran di seluruh Mesir dalam masa yang sama mereka yang menyokong penyingkiran Morsi semakin surut kewujudan mereka di Dataran Tahrir. Puluhan penyokong Morsi dibunuh dengan begitu kejam ketika mereka menunaikan solat subuh ratusan lagi yang tercedera. Pihak-pihak yang bergabung di dalam gabungan Ketumbukan Menyelamatkan Revolusi pimpinan Mohammed El-Baredai dan lain-lain lagi makin tidak sependapat dengan pelan yang digariskan oleh pihak tentera. Berpuluh-puluh pimpinan Ikhwan Muslimun ditahan dan dipenjarakan, yang masih kekal bersama-sama dengan orang ramai menyatakan bahawa mereka tidak berganjak sehingga kuasa dikembalikan kepada Mursi. Al-Ustaz Mohammad Badi’, Mursyid Ikhwan Muslimun menegaskan bahawa rakyat yang berhimpun dengan aman lebih berkuasa daripada peluru-peluru hidup dan kereta-kereta kebal, kenyataan yang memberikan gambaran revolusi di bumi Mesir belum lagi berakhir.


*Penulis adalah Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia

Khalil Abdul Hadi, 11 Jul 2013
Sumber HarakahDaily