27.11.12
leave as it is
kau orang ingat senang ke nak berfikir dalam bahasa inggeris kemudian translate
ke bahasa melayu. kau cubalah dulu.
dah lama aku tak buat cerita-cerita palsu di sini. kali ni ada masa sikit aku nak cerita.
sejak dua tiga empat lima menjak ni aku banyak habiskan masa untuk diri aku dan
orang di sekitar aku. aku baru sedar yang hidup ni ada banyak cerita. cerita yang sampai
kiamat pun baru mungkin habis. lepas kiamat cerita lain la pula.
sekarang ni aku lebih memfokuskan tentang kehidupan aku yang akan datang.
kehidupan yang semua orang pun biasa buat. tak adalah 'wow' sangat pun. kalau tanya
pakcik makcik yang sebelum ni, dia orang pun buat muka poyo je. cubalah.
entah kenapa aku rasa tiba-tiba apa yang aku nak tulis dah tak ingat.
8.10.12
selamat lagi aku rupanya
lain. rindu pula rasanya. haha. gila.
kawan-kawan aku tahu kalau aku menulis kat sini ada dua sebab je.
pertama aku berada dalam kekecewaan. kedua aku berada dalam
kegembiraan. dulu selalunya aku menulis bila kecewa. jarang sekali
bila aku gembira aku update.
sekarang aku update sebab aku gembira. haaa..
mesti hairankan..
tak hairan pun buat-buat hairan.
tapi gembira aku tu lambat lagi. sekarang ni
aku tengah struggle untuk kegembiraan tu.
macam filem will smith. "pursuit of happiness"
kenapa ada perkataan "pursuit" bahasa melayunya mengejar.
kenapa..kenapa perlu mengejar. biasa yang kita dengar
polis kejar orang jahat atau amir dikejar anjing atau samir nasir
dikejar balotelli. okay merapu dah ni.
pokoknya, why we need to pursuit the happiness. isn't it come
naturally? NO. No at all.
sama macam dalam cerita will smith tu. dia perlu berusaha dan berkeras.
berkeras di sini maksudnya he stand for what he do.
sama juga macam kita. kalau nak kahwin kena la berkeras. kalau
tak keras tak feel la bro.
bye.
30.8.12
comfortably numb
sekarang aku tahu apa itu rasa comfortably numb.
sekarang aku dengar lagu-lagu pink floyd dan khayal.
real world is fantasy only. tak ada orang jahat atau orang baik.
cuma yang ada bodoh dan pandai.
yang dihormat bukan terhormat. untung jahat rugi baik.
silap itu dihukum. paksa itu betul.
...
life is fake.
11.7.12
spiderman yang sangat hebat
aku baru je tengok cerita ni. sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat amazing. jangan tak percaya
cerita spidey ni juga boleh buat ko sedih. hehehe. "go figure yourself"
9.7.12
bak kata pepatah, setinggi mana langit tinggi lagi langit ketujuh..sebab langit ketujuh duk kat level 7
bak kata kawan aku, mr jaboo duk kat mana pun mesti ada persaingan jadi jangan la risau dan jangan berfikiran negatif.
woow..jabo ke yang cakap??
hahaha..ape pun aku tak kisah. sekarang ni aku
cuma fikir untuk seorang je dan harap seorang tu je..
5.7.12
11.6.12
bercinta bercinta bercinta...baik kahwin je brader. kalau cerai pun atleast kau dah kahwin. lepas tu kalau nak hidup bujang party all night terpulang la. kiamat nak dekat.
kali ni aku nak cerita pasal to kahwin or not to kahwin.
semenjak aku hidup dah banyak majlis kahwin aku pergi. tak kurang juga
yang aku tak dapat pergi. aku bukan tak nak pergi tapi jauh sangat sampai terengganu.
hu hu hu sorry shah.
ok. pada aku la, kahwin awal adalah seronok sebenarnya dan kalau aku ada rezeki
dah lama aku kahwin 3 tahun lepas. itu la salah satu punca kenapa ramai yang tak kahwin
muda. punca lain pula ialah majlis kahwin yang grand continental yang di kehendaki oleh mak bapak
pengantin. anak perempuan baru habis degree hantaran RM 18k. boyfriend dia kerja sebagai
penghantar surat di Pos Malaysia yang bergaji bersih RM 1200 sebulan. itu pun sebab
dia tak beli kereta honda civic tahun 98. dalam simpanan baru ada 9 ribu dan dia ingat
hantaran baru RM 10k ke 12k. bila dia tahu yang mak bapak perempuan minta RM 18k
terus dia demam. kesian dia. seminggu dia cuti balik kampung sebab nak fikir pasal
perkahwinannya. to kahwin or not to kahwin? kalau nak kahwin mana nak cari lagi duit?
kalau buat overtime hari hari pun bukan boleh dapat beribu. kalau buat dua kerja
pun masih tak cukup lepas tu pinggang pun sakit. aduh sakit sakit..
kalau dia batalkan perkahwinan...huh tak sanggup. dia sayang sangat kepada perempuan tu
dan perempuan tu pun sayang sangat pada dia. kalau dah sayang kenapa letak tinggi tinggi?
tak kesian ke pada lelaki tu. lagipun kalau batal malu besar nanti. si perempuan malu
si lelaki pun malu. malu malu malu..
jadi macam mana? salah siapa semua ni? adakah salah pembangkang yang inginkan
pinjaman ptptn diamansuhkan sehingga ramai pelajar yang tak dapat belajar atau salah kerajaan
yang tidak mengambil tahu mengenai hantaran perkahwinan supaya hantaran perkahwinan
tidak mahal mahal. mahal mahal? ayat dari mana tu. pada aku ini adalah salah Pos Malaysia itu.
sebab gaji yang diberi murah sangat. hantar surat ingat senang ke?!! phuiit.
6.6.12
kau sempurna bagi ku, tak kurang sesuatu...
faham dengan perangai mereka terutama bila mereka dalam kesusahan,
kesedihan atau kesilapan.
takziah zaty.
kau pergi..satria abadi..
tajuk courtesy lagu liyana jasmay - cinta bersatu.
31.5.12
patah tumbuh hilang berganti mana nak sama dengan yang seorang. jadi marilah kita menunaikan zakat kerana zakat menyucikan harta. rezeki yang halal adalah tuntutan Islam.
walaupun dulu aku berfikiran singkat sesingkat skirt wonder girls dimana aku membuat
personal loan atau dalam bahasa melayunya pembiayaan peribadi atau
dengah mudah pinjam ah long bersyarikat.
ye. sesiapa yang telah membuat pinjaman peribadi tanpa keperluan kritikal akan menyesal
selepas 3 tahun bayar baki pinjaman dan rasa macam nak makan megi setiap hari.
aku pun tak tau kenapa sekarang mudah sangat untuk buat loan dan approve pun
mudah. bak kata kawan rumah aku yang bekerja sebagai agen ah long.
" ko kerja ape? kerja goverment? bak sini payslip ko. ok ni jumlah ko boleh pergi. 90%.
ko boleh dapat sampai 100k. bayaran murah je."
phuiit.. ko nak buat ape 100k tu? nak beli lamboghini merciurlargo? nak wedding macam
datuk K? gila ape. bayaran murah ke tak nanti bila ko mula mula dapat loan happy la.
rasa cam baru kawen 4. lepas 3 tahun ko bayar baru ko rasa macam ko kawen 4
lepas tu setiap seorang bini ko beranak 5 kembar seiras. haaa..mampus ko.
perkara ini adalah salah satu sebab kenapa berlaku krisis dalam keluarga. bila anak bini tak
dapat cukup makanan pakaian bapak kena kerja lebih. kerja sampai lewat malam. bini tak dapat
kepuasam sebab laki selalu balik lewat. bila balik anak anak dah tidur. bina nak, tapi laki
dah tak larat. maka pincanglah institusi sesebuah keluarga itu.
tapi aku nak cerita kenapa aku selalu rasa duit gaji aku tak cukup. sebenarnya cukup.
cukup cukup makan sampai hujung bulan makan megi.
manusia ni ada sifat yang memang dah develop dari kecik. tamak.
dulu masa aku kecil aku masih ingat ada seorang budak ni yang mana mak bapak dia kerap
belikan dia ni mainan. mainan yang canggih dan tak canggih pun ada. mainan dia ni banyak
sampai penuh bilik tidur dia ni. kenapa tamak? aku selalu tengok dia ni kalau keluar dengan
mak bapak dia mesti minta belikan mainan. mak bapak dia ni kalau boleh tak nak la beli
tapi selalunya beli sebab tak nak anak ni meroyan depan orang ramai.
nampak tak? dari kecik budak ni apa yang dia nak dia mintak dia dapat. lama kelamaan
dia menjadi tamak. apa yang orang ada dia pun nak ada. bila dah besar dia tak
boleh minta dengan mak bapak dia lagi jadi dia usaha sendiri. usaha yang bagaimana tu?
pada tahap ini dia akan cuba untuk dapatkan sesuatu dengan cara mudah iaitu wang.
mula-mula dia akan gunakan wang yang dia ada. gaji, simpanan, pinjam kawan dan
lain-lain. lepas tu bila dah tak cukup maka bermulalah mencari "ah long".
percayalah kawan-kawan, sekali anda meminjam anda pasti ketagih untuk pinjam lagi.
dalam Islam berhutang itu halal TETAPI adakah keperluan untuk berhutang?
28.5.12
percaya la kadang kadang aku suka makan banyak lebih dari orang yang tak makan lima hari
aku sendiri pun dah konfius. kalau orang kata indah masa bercinta tapi
kenapa ada juga yang merana kerana cinta?
amboi..aku tulis pasal cinta..hahaha..
aku tak pernah la bercinta tahap gaban dan aku tak pernah la pula frust
tahap gaban. mungkin gaban je yang terlalu gaban. gaban sendiri pun
pasti kenapa dia dijadikan subjek sebagai satu yang sangat gaban.
aku pernah lalui rasa seperti ubi kayu yang lembut tapi bila sejuk tak sedap.
kalau dicecah gula pun tak sedap. aku juga pernah merasa keadaan seperti
berada di dalam incenarator. wow. sebenarnya tak ada kena mengena langsung.
sekarang aku rasa macam nak main paintball. seronok.
11.5.12
considered it.....
with one bowl of mee kari. 2 mug of warm water and one mug of orange juuice.
almost done.
7.5.12
Fool Agains
Tak sangka benda yang sama berulang lagi.
Orang kata pisang tak berbuah dua kali. Kilat takkan sambar tempat yang sama.
Ahh..semua tu orang yang cakap. Realiti yang berlaku adalah kontra kepada
cakap orang. Kalau ada orang cakap kau muka kemek. Maknanya muka kau hensem
gila. Kalau orang cakap mulut kau berbau maknanya mulut kau memang berbau. Kalau
orang kawin dan hidup bahagia maknanya kau belum bahagia.
Di atas tu banyak yang tiada kaitan dengan apa yang aku nak cerita.
Dengan selamba aku cakap aku patah hati atau lebih macho, aku bahagia.
Gila ke apa? Patah hati ke bahagia?
Nak cakap macam mana pun aku tak tahu. Aku sangat-sangat kecewa dalam masa yang
sama aku dah dapat jawapan kepada persoalan selama ini.
Hal ini aku dapat lihat dari mula lagi. Dari mula-mula berkenalan aku dah merasa
kurangnya komunikasi. Bertahan selama hampir 9 bulan. Kalau mengandung dah
beranak kot. Dalam 9 bulan ni apa yang aku dapat hanya alasan. Alasan yang
tak pernah logik dek akal tetapi diterima oleh hati.
Tak pernah aku merasa bodoh sebegini dan ini adalah sangat mengecewakan.
Kau memberi alasan bahawa keadaan kau dan sekeliling kau yang membuatkan kau
ambil keputusan ini. Pada aku tidak. Ada perkara lain disebalik alasan mu itu.
Apa pun aku hormati keputusan kau.
Sebelum itu marilah layan sebuah lagu dari Westlife. Fool Agains.
Enron, Bersih dan Politik Kita
satu per satu sampai nombor di butang remote Astro tu hilang.
Sebab sewaktu aku menonton Enron tersebut aku terfikir kaitannya dengan sebuah negara.
Enron adalah sebuah syarikat besar yang mempunyai lebih dari dua puluh ribu pekerja. Sama seperti
sebuah negara yang mempunyai berpuluh juta atau beratus juta rakyat. Isu penting ialah bagaimana
sesebuah organisasi berfungsi, diuruskan dan ditadbir.
Sebuah organisasi berfungsi untuk satu kepentingan iaitu keuntungan kepada organisasi itu sendiri.
Tetapi apabila ia diurus dengan teruk dan ditadbir dengan korupsi, organisasi tersebut akan musnah.
Sama seperti sebuah negara. Lihat Greece. Pada tahun 2004 dulu Greece megah dengan penganjuran
sukan Olimpik. Temasya sukan terbesar dunia. Hampir 10 tahun dan kini Greece telah pun bankrap.
Aku ingin kaitkan Skandal Enron dengan kita, Malaysia atau nama baru 1Malaysia.
Mengenai politik kita
29.4.12
feeling f***ing so sick
hurmm...sejak sebulan dua ni aku rasa sangat
sangat tak menggembirakan. kecewa. mungkin
itu ayat yang sesuai. aku sangat kecewa. aku pernah
rasa perasaan begini dan ia tidak membuat aku selesa.
malah aku rasa takut dan marah.
kenapa aku takut? sebab aku takut aku silap. aku
takut dia juga silap. aku takut perkara yang sama
berulang. macam macam lagi yang aku takut.
aku tak tahu apa yang berlaku di sana. aku rasa seperti
tidak berfungsi sepenuhnya. tidak langsung. keinginan
aku sebagai seorang lelaki tidak langsung dirasai.
ye..ayat aku memang poyo. tapi perasaan aku tak.
dalam perhubungan dua hala bagi aku mudah. toleransi. apa dia toleransi? komunikasi, fahami dan tolak ansur serta logik. dah macam belajar matematik.
bagi aku mudah. kau dan aku.
aku perlukan kau sebagai dorongan dan sokongan untuk aku.
cuma, lelaki perlukan layanan dari seorang perempuan yang melayannya seperti lelaki.
dan aku sesungguhnya melayan kau sebagai wanita.
10.4.12
live your life by yuna
aku memang respek si yuna ni. dia memang minat dengan musik-musik yang dibawa oleh pharrel williams.
dan sekarang dia dapat bekerjasama dengan pharrel. dan hasilnya. awesome!!!
album baru akan keluar pada 24 April 2012. tajuk 'yuna'.
"Working on 'Live Your Life' was a lot of fun. It was really spontaneous how the song came about -- I walked into the studio one day and I heard Pharrell making this beat and I really didn't know he was making it for me! He was a really cool guy, I had a lot of fun working with him and on the song. 'Live Your Life' is about taking charge of your life. A lot of people out there have no control over their own lives and they spiral down into a dark place. Basically, I'm just trying to get people to believe in their dreams again." -- Yuna
even lagu 'come as you are' oleh nirvana yang di-cover oleh yuna pun dapat pujian. that's legend.
yuna dicalon untuk nickelodeon kids choice awards untuk 'fav asian act'.
semua maklumat dari web yuna sendiri.
jarang jumpa binatang pandai main bola
“Saya amat kecewa apa yang berlaku dan kekecewaan yang dialami pasukan Manchester City, terutama (pengurus) Roberto Mancini, yang saya amat sanjungi," kata Balotelli dalam satu kenyataan yang diberi agennya, Mino Raiola kepada agensi berita ANSA.
“Saya amat komited dengan pasukan kebangsaan tapi semalam (Ahad) saya melakukan dua kekasaran sehingga mendapat hukuman itu, bukannya atas tingkah laku saya," katanya. - AFP
dipetik dari bhonline.
28.3.12
Skyfall
dari last filem dia pada tahun 2008 sampai sekarang gua tunggu cerita baru 007 ni.
gua teringat lalu gua google.
Filem terbaru 007.
Tajuk: Skyfall
Tarikh jangka tayangan : Disember 2012 (US). Kalau kat Malaysia mungkin awal 2013.
Pelakon: Daniel Craig dah tentu Mr. Bond dengan Judy Dench sebagai M. yang lain-lain tu korang
gugel la sendiri.
Direktor: Sam Mendes
Length: Tak tau.
Box Office Target: 200,000 us dollar.
Last Movie: Quantum Of Solace (2008). Dah 4 tahun den tunggu. Macam tunggu
World Cup pulak. Hampeh!
kadang-kadang
aku akan tulis dengan title kadang-kadang. kadang-kadang bila aku rasa nak luah idea
aku tulis dengan title kadang-kadang. kadang-kadang kalau aku nak tulis dengan bernas
aku akan guna jugak kadang-kadang. kadang-kadang macam ni la.
kali ni aku terfikir pasal apa yang lalu semalam. semalam selasa 27 mac 2012.
kalau korang baca benda ni hari sabtu maknanya bukan semalam la. korang dah besar.
aku nak cerita pasal anugerah. aku nak memahami kenapa perlu anugerah. apakah
semua perlu anugerah. tak kiralah anugerah macam mana pun tapi untuk apa anugerah itu
kepada penerima, pemberi dan orang yang tengok je.
anugerah diberi atas sebab pencapaian seseorang atau kumpulan apabila mencapai satu tahap
yang boleh dipanggil 'expert' atau kemahiran yang sangat sangat sangat bagus. tiga kali sangat tu
maknanya bagus sangat la.
tak kira la anugerah yang korang tengok dekat tv tu ke, aim ke abph ke ajl ke entah apa-apa
anugerah lain lagi. semuanya sama. pasal anugerah-anugerah artis ni malas la aku nak komen.
main bola kawin dengan artis. bola entah kemana famili pun..hmmm...aku dah ke laut ni.
tapi apa manfaatnya anugerah itu kepada si penerima? pendapat aku, kalau aku terima anugerah aku
cuma nak 'benefit' dia saja. maksud aku kalau anugerah itu diserta dengan wang tunai 10k. aku nak
10k tu saja. sijil pun dah cukup untuk pengiktirafan. tak perlu grand stand serta gambar-gambar.
sebenarnya anugerah ni satu beban pada pandangan aku. kita tak buat apa-apa yang extra-ordinary
tapi kita maintain diri kita dan tak melakukan kesalahan-kesalahan besar. kita diberi anugerah dan
diraikan bagai. esok keluar berita cerita buruk pasal kita yang taklah buruk sangat tapi diburuk-burukkan.
apa anugerah yang kita dapat tu boleh buat 'cover'? haram mulut orang mana boleh control.
mind set dan menteliti masyarakat yang 'average' mesti korang fahamkan.
so, kalau dah dapat anugerah tu kena la pula tahan lubang telinga kita ni. apa yang orang expect semua
yang molek dari kita. aku rasa nak baling je batu kat orang macam tu. don't expect goodness from others
if you yourself did not make good thing to others.
15.3.12
aktiviti mahal memang best
Tuan Presiden memberi idea untuk buat aktiviti ekstrem dan memilih sukan
paintball. Jadi aku diarahkan untuk membuat kajian dan carian untuk sukan paintball ini.
Bila google ada yang di Bukit Jalil, Subang, Sunway Extreme Park dan Desa City.
tak boleh blah la. aku tak pandai buat ayat skema. pening memikirnye.
jadi kesimpulannya main paintball ni best dan tak ada la sakit mana pun.
13.3.12
7.3.12
tak pernah rasa begini
kita perlukan. ianya ada di samping kita sentiasa. cuma
kita buat endah tak endah saja.
aku baru kehilangan telefon bimbit blackberry. hilang bukan maksud curi
tapi cuma hilang. selama ini aku tak sangka yang blackberry (bb) aku ni amat
aku perlukan. bukan sebab untuk sms, bbm atau call semata mata.
tapi ia lebih dari itu.
pengalaman. selama setahun aku menggunakan bb. banyak benda aku belajar
dan banyak benda yang aku tahu. bb buatkan aku lebih pantas berhubung.
lebih mudah mengakses emel dan jarang sekali line putus.
aku ni dah macam jurucakap RIM untuk blackberry pulak.
tapi sebenarnya kehilangan hp aku ini amat membuatkan aku sakit kepala.
tak pernah aku rasa se-tension begini. seperti ada buaya yang sedang
kejar aku ketika aku berenang. bayangkan la. tak ke tension tu.
aku sangat sangat terkilan bila kenangkan gambar gambar yang aku ambil
dari hp tu. semua itu tak akan berulang lagi. paling sedih bila nombor
nombor dalam tu tak dapat di-retrieve kembali. terutama sekali bila aku tak
ingat nombor hp awek aku. damn!!!
aku hairan juga, kenapa selama ni aku tak pernah rasa sakit kepala begini
hanya semata mata pasal satu benda yang hilang. aku pernah hilang motor,
pernah hilang duit, pernah hilang terun...ehh kelaut ni tapi semua itu
tak seperti aku hilang bb ini. sekian.
Sent from my iPad
29.2.12
Festival Belon Udara Panas Ke-4 di Putrajaya
pernah tengok belon? pernah. pernah tengok belon udara panas? pernah, kat tv je.
pernah naik belon udara panas? tak. teringin nak naik? tak.
S&*$%@!!!
kalau tak teringin nak naik pun tak apa. baca je apa yang aku tulis.
festival belon udara panas kembali lagi untuk kali yang ke-4.
sekali pun aku tak pernah pergi. ada terfikir nak datang tahun lepas tapi tak sempat.
sibuk dengan tender 4 juta kayu balak.
ok. kali ini aku mesti nak pergi. tak kira la macam mana tender yang masuk pun.
ok. aku memang banyak merapu.
bila aku tengok gambar tahun-tahun sebelum ni, macam best je.
boleh naik helikopter, naik belon udara panas dan naik belon tak berudara.
ehh..hehe melalut sangat ni. kelaut dah.
ok ok. biar aku tunjukkan apa yang menarik di festival tahun ini ya kawan kawan.
ballon rides.
boleh naik belon ni. harga RM 10 per pax. aku tak faham maksud per pax dia. satu belon RM 10
atau per pax maksud 4 orang ke. ntah. kau orang pergi nanti tau la. nak naik belon ni ada masa dia
jam 7.30 pagi dengan 5.30 petang. lepas tu kena tengok cuaca sesuai ke tak.
helicopter rides.
RM 130 per person. fahamkan? tapi kena bayar dekat maybank. maknanya kena bayar dulu lepas
tu bawak payslip ke tempat ni.
Acc No : MBB 012204 107957 (Maybank)
AKA Balloon Sdn Bhd.
lepas tu emel mailto:myballoonfiesta@gmail.com
lepas tu klik sini http://www.myballoonfiesta.com/helicopter_rides_booking_form.php#1
oh ya. jangan lupa emelkan transaction slip as proof of purchase.
amboi cakap london.
KMX rides
Pocket bike
Archery
Water Orb & Bumper Orb.
aku tak tau benda macam ni wujud.
Remote Control Ballon.
ape benda ni?
dan yan paling best bila malam sebab ada fireworks.
23.2.12
LTDL 2012
sebab tahun ni aku rasa akan menarik. dari segi pasukan yang bertanding terdapat pasukan
dari eropah yang memang power rangers. contohnya Astana Pro Team ada Alexandre Vinokurov.
Stefano Locatelli dari pasukan Colgano CSF Inox dan banyak sangat nak tulis la.
LTDL bermula pada 24 Feb di Putrajaya dan berakhir di Kuala Terengganu pada 4 Mac.
Kali ni takde Kuala Lumpur Criterium. tadi aku cakap LTDL kali ini menarikkan? kalau KL tak ada tak
menarik la.
BMW Malaysia Open.
Tarikh: 27 Feb - 4 Mac 2012.
Tempat: Bukit Kiara Equestrian and Country Resort.
Tiket: RM 30, 50, 60, 70. (early bird ada diskaun)
Season pass RM 150.
kali ini aku bet atas Marion Bartoli. dia ni hebat. main pun bagus. apa yang menarik kat Marion ni
adalah playing stlye dia. dia memang tak lawa macam Jelena Dokic atau Wozniaki atau besar macam
Serena Williams.
Marion Bartoli boleh menggunakan kedua dua belah tangan dia. Kiri dan kanan. Jurulatih Marion
adalah bapa dia sendiri. Marion palyer no 1 di Perancis. Jadi, untuk tournament kali ini
aku rasa adalah kacang bagi Marion.
Mari ke MotoXpo
Tarikh: 22 - 26 Februari 2012
Tempat: PWTC, Kuala Lumpur.
Masa: 10 pagi - 10 malam.
Tiket: RM 8
penampilan istimewa olih Jorge Lorenzo dan Ben Spies.
KTM Stunt Rider, Rok Bagaroos dan Safee Sali. Pelik eh?
aku tak tau. itu yang tertulis dalam list.
juga ada pelancara motor baru KTM dan Honda.
'test rides' Yamaha, SYM, KTM dan Honda. ada juga motor modenas
tapi aku tak letak sebab...kalau kau orang pernah baca post aku pasal
motor import sebelum ni mungkin faham kot.
anyway. jumpa di sana. kalau rajin nak pergi la.
22.2.12
Pameran Kucing MCFA 2012
Tarikh: 25 & 26 Februari 2012.
Tempat: Viva Home Shopping Mall, Jalan Loke Yew
Pameran akan menunjukkan lebih dari 20 jenis kucing seperti Savanah, Bengal, American Breed,
Maine Coon dan banyak lagi. Juga penampilan istimewa 'African Servel Tiger' (serius aku tak
tahu binatang apa? kucing ke rimau.)
Yang minat kucing kucing tu bolehlah datang ye. Yang minat awek tu pun boleh datang juga.
Mesti ramai awek minat kucing datang. Boleh la miang miang kucing. Kahkahkah.
13.2.12
Birthday bash!
btw ni je hadiah yang aku dapat. yang lain semua buat tak tahu.
WOI KORANG TAK PERASAN AKU WUJUD KE
kadang-kadang
aku suka dapat bawa motor laju.
aku suka dapat main bola sepak.
aku tak suka sakit kepala.
aku tak suka kena tukar rantai motor yang mahal.
aku tak suka penat sebab banyak berlari.
macam mana nak jaga stamina? makan steroid boleh ke?
aku ingat nak naikkan berat badan sikit la tapi tak nak gemuk.
sebab aku bawa motor laju pun rasa nak melayang.
nak kahwin 4 boleh?
8.2.12
gua sayang awek baru gua. awek lama gua tak power.
nama baru dia radio adele. gila. tak habis habis lagu akak adele.
ok ok ok ok ok ok....
aku nak cerita pasal awek baru aku. awek jepun. sebelum ni aku dah ada
awek malaysia dan juga awek malaysia+jepun. ye aku memang banyak awek
dan awek awek aku pun tahu pasal awek awek aku yang lain.
awek baru aku nama dia kawasaki er6n. kehkehkeh.
31.1.12
selamat tambah umur
umur aku 25 tahun. kalau kalendar Islam umur aku dah 27 tahun.
tak kisah la mana mana pun aku masih hidup lagi.
kaki pun masih berbulu. kalau tak tahan aku kencing tepi pokok.
makanya aku masih hidup dan waras.
tahun ini aku ada buat gila sikit. aku beli motor. harga dia 20k.
kenapa aku sanggup beli sebab aku rasa bila lagi nak rasa. tak gitu kome.
kalau lepas kawen jangan harap la nak dapat rasa motor macam ni.
ada member aku tanya.
"ko tak simpan duti tuk kawen ke panjang?"
"berbaloi ke beli motor ni?"
"panjang dah kaya!"
panjang itu panjang ini...panjang..panjang..panjang..
jawapan aku senang. kalau tak sekarang bila lagi.
kalau nak dibandingkan dengan kawen..ahhh nak kencing pula..
kejap ekk..
shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........
ok. kalau nak dibandingkan dengan kawen. kawen bila bila boleh kawen.
esok pun pun tapi kalau aku kawen esok siapa pula yang nak kawen tahun 2015 nanti.
maksud aku. aku letak kawen no ke 5 dalam list.
kalau tak kawen pun tak apa asalkan dapat motor.
OK.
dalam pertambahan umur kali ni aku nak tambah sesuatu dalam resume aku juga.
aku nak sambung belajar atau belajar sambil kerja atau belajar sampai ke negeri china.
tak mungkin kot sampai china tapi kalau naik motor ke china aku mungkin setuju.
apa kata kita buat trip geng motor tourer ke china. mesti bestkan?
aku teringin nak sambung belajar tapi dalam bidang apa?
undang-undang? sebab berkaitan dengan kerja aku sekarang.
hurmm aku kena fikirkan dulu. aku suka kalau dapat ambil sains sukan.
masalahnya aku tak ada pengiktirafan dalam sukan peringkat daerah mahunya pun adoi.
gila.
25.1.12
kadang-kadang tu macam ni la
buat apa nak cari orang yang sama. ada pepatah orang puith
'new is ALWAYS better'. jadi dah tentu secara otomatik hati dan diri kau
akan cari yang lebih baik.
hari ini mood aku rasa nak tulis pasal pengalaman aku dan orang-orang sekeliling aku.
pada aku, kalau kita cari seseorang yang sama seperti dulu
bukankah itu akan datangkan perasaan yang juga akan sama.
mungkin paling teruk, terjadi hal yang sama. jadi kenapa
perlu cari nahas?...
20.1.12
cinta tiga segi
aku terkedu bila mendapat tahu yang dia terpaksa bersama dengan orang lain.
orang lain yang tak berapa lain itu adalah kawan aku sendiri. kenapa
hal ini boleh berlaku berkali-kali dalam hidup aku. aku cuma inginkan
seseorang yang kekal bersama aku hanya kerana aku.
"kenapa sayang? kenapa tidak dari dulu lagi sayang beritahu?" tanya ku dengan sabar.
dengan senang dia balas "janganlah panggil sayang lagi. ini semua hanyalah
satu mimpi. aku memang tidak langsung sukakan kau"
aku tak sangka dia mendampingi aku hanya kerana mahukan rakan baik aku.
semua ini satu penipuan yang terancang. kawan aku dengan angkuh mengejek
aku dengan kata-kata yang menusuk kalbu. sanggup dia samakan aku dengan
lembu, beruk dan sikan keli. aku tak tahu kenapa kawan baik aku sendiri
sanggup lakukan.
"aku dah pun mengandung. anak ini adalah anak kawan baik kau" sambung dia lagi
kali ini dengan senyuman sinis. alangkah sebak hati aku. hancur bagai daun reput
yang dibakar. aku tergamam. lidahku bagaikan putus untuk berkata-kata.
aku lepaskan tangannya. dia mendongakkan kepala ku dengan dua jarinya
dan berkata "kau main tak sedap"
rupa-rupanya selama ini lagu-lagu yang aku mainkan untuk dia tak sedap.
aku bukan aqasha nak nyanyi lagu 'gigigit cuping telinga kecil mu'
aku minat 'alternative rock'. jadi aku mainkan lagu-lagu seperti
rhcp, nirvana, dan juga lagu-lagu gay seperti elton john dan eminem.
13.1.12
pedih
joging tak sampai 2 km pun tapi dah rasa sengal-sengal lutut. nampak
sangat aku ni lama tak joging.
tapi yang hairannya, kasut joging aku dah lusuh. hmmm alasan kena
beli baru ni. hahaha.
hari ini hari jumaat. aku rasa ok je. jerawat pun dah pecah tunggu masa
kesan tu hilang je.
bangang. benda apa aku tulis ni. hggghgghghg!!!!!
12.1.12
pusing balik
pening macam orang mengandung tiga bulan. aku nak tulis ni pun pening.
aku garu-garu kepala aku tapi tak hilang pening. kelemumur banyak keluar.
pasal kerja aku tak ada masalah. masalah aku cuma dalam kepala otak aku.
10.1.12
nasib baik tak kena bom
lari ke dalam hutan sambil jalan kaki
haha..sabtu lepas aku dengan rakan serumah lari ke dalam hutan
sebab kami dihimpit kemiskinan. wang kami habis dijoli.
hutang kami menimbun. semua harta kami dibekukan.
apa nak jadi kami pun tak tahu sebab itu kami memilih untuk lari ke dalam hutan.
dalam pada masam yang saman kami belajar cara-cara hidup di hutan.
survivor bak kata omputih. kami belajar menagkap ular, biawak, musang, kambing, gambar
dan macam-macam lagi. kami bakar ayam dan ikan saja. yang biawak, ular, musang dan kambing tu
kami tangkap kami bela buat binatang peliharaan.
selama 24 jam kami dalam hutan apa yang dapat kami simpulkan ialah
1. dalam hutan kalau kentut bau tetap busuk
2. kalau masuk hutan kena bayar RM 10 baik tak payah masuk
3. tak ada ikan kat sungai yang dalam hanya 30cm
4. tak ada awek cun dalam hutan
5. rumah bujang kami sama macam dalam hutan, so tak payah nak pergi kemping dah lepas ni
anyway ada beberapa gambar pelik dan mencurigakan yang sempat kami rakam.
saksikan.