29.12.11

budaya ekonomi yang dah tak boleh pakai

tun mahathir mantan perdana menteri ke 4 Malaysia.
dia memang hebat waktu jadi PM dulu. macam-macam tun buat untuk
naikkan nama negara. bina litar formula one kelas AAA. idea menara
berkembar petronas. tukar langkawi dari kawasan kepulauan yang 'lame'
kepada hot stuff. bina putrajaya untuk jadikan ibu pejabat pentadbiran negara.
semuanya bagus-bagus belaka.

tapi ada satu yang kena berubah...budaya ekonomi.
bila terciptanya proton, semua harga kereta import dikenakan chukai yang
nak haram tinggi. harga kereta proton pulak mahal. kononnya nak standard
dengan kereta-kereta import. kualiti?...

sampai sekarang tak banyak yang berubah. proton tunggu bertahun-tahun baru nak
keluar model baru. kalau yang terbaik pun model inspira. kenapa inspira? kalau kau orang
tak tahu kau orang pun sama macam proton. tapi aku bukan nak kondem proton kat sini.
sebab aku pun pakai perodua. nampak beza tu..hehe..

aku geram sebab budaya ekonomi yang zaman dulu tu dah lapuk. sekarang ni zaman
2012. ipad dah masuk. iphone 4Gs dah jual. internet laju 6Mbps dengan fiber optik.
Mcd merata-merata. Lagu-lagu indie berlambak macam cendawan tumbuh lepas hujan.

cuma bila sampai ke kenderaan beroda seperti kereta dan motorsikal semuanya hampeh.
kereta dulu-dulu guna kaburetor. kuat makan minyak. tak ada power stering. absorber
macam kayu. lepas tu keluar kereta dengan fuel injection. minyak jimat dan power stering.
drive pun sedap je. sekarang kereta hybrid. guna sikit minyak selebihnya elektrik.
hanya perlu cas. minyak jimat. alam sekitar terjaga sebab enjin motor elektrik dan ringan.

TAPI bila jual kat Malaysia...harga 40k jadi 60k..APA KEJADAHNYA!
dengan cukai, duti eksais, dokumentasi..kepala bana!

aku minat motorsikal terutama motorsikal kuasa besar. aku nak beli satu.
yamaha FZ6R harga di luar convert duit kita baru 27k-30k
bila aku check duti dan cukai harga jadi 50k-60k.
PIG!


motor lawa macam ni, 600cc dengan harga 30k memang berbaloi...kalau ko duduk kat thailand
atau indonesia boleh la.hmmm...nasib nasib...




tapi aku tak la target tinggi macam tu. biar la realistik.
aku cuma budget 10k. dapat la motorsikal hodoh yang ada aku post sebelum ni.(yamaha fz150i)
tak cukup dengan motorsikal kat atas tu ada satu lagi motorsikal tahun 2011 yang cun.



yamaha fz-s, 153cc. kalau nak banding dengan adik dia
yamaha fz 150i, umpama harimau bintang dengan pig.



sorry..bukan nak kutuk sapa-sapa cuma kenapa di malaysia kita ni kena cutoff.
terhad sangat pilihan. tunggu sampai pencen pun belum dapat. kalau bapak kaya
macam bapak zaed tak apa la.

oww lupa motor yamaha fz-s tu cuma ada di INDIA. try la google.
Shit-kan? Dia orang dapat yang bagus bagus. kita dapat...yang buruk rupa.
budaya ekonomi India lagi bagus ke??? tak pun..tapi apa yang kita dapat?
nama je negara maju...

so please la tukar sikit polisi. nak harap modenas, proton, perodua...
hmmm kalau zaed tak ape la
bapak dia kaya...haisshh...

1 comment:

  1. bongek...perluke mention bapak zaed kaya! hahaha sengal!

    ReplyDelete