27.11.13

Snowflake

Sedap tau makan Snowflake ni. Kedai dia tak banyak sangat sebab baru lagi.

Aku nak tanya pernah tak kamu tengok cermin dan fikir sekejap yang kamu ni sama
macam orang lain cuma yang beza rupa, nama, warna, perangai dan lain-lain.
So, apa bezanya?

What is the point Latip!!!

Aku cuma nak beritahu kalau dah budak tu budak la perangainya.
Dan ada juga yang dah tua tapi perangai mcam budak juga.
Perangai kebudak-budakan ini tak lah sangat membantu dan tak la sangat
digemari ramai.

Mungkin kau ada 1 atau 2 atau 3 atau 4 atau 5 sahaja yang suka tapi setakat mana?

Jangan susahkan orang lain dengan perangai keba...kebudak-budak anda. Ya anda
yang sedang baca ini.

18.11.13

Bill Withers kata...

...Ain't no sunshine when she's gone
It's not warm when she's away
Ain't no sunshine when she's gone
She's always gone too long anytime she goes away

Wonder this time where she's gone
Wonder if she's gone to stay
Ain't no sunshine when she's gone
And this house just ain't no home anytime she goes away

And I know, I know, I know, I know
I know, I know, I know, I know
I know, I know, I know, I know
I know, I know, I know, I know
I know, I know, I know, I know
I know, I know, I know, I know
I know, I know
 
Hey, I oughtta leave young thing alone
But ain't no sunshine when she's gone
 
Ain't no sunshine when she's gone
Only darkness every day
Ain't no sunshine when she's gone
And this house just ain't no home anytime she goes away
 

Anytime she goes away
Anytime she goes away...

12.7.13

Mesir: Revolusi yang belum berakhir


Sebaik saja mendapat maklumat daripada kawan-kawan di Mesir mengenai kemuncak perancangan untuk menjatuhkan Presiden Mohammed Mursi saya terpaku di hadapan television mengikuti perkembangan di sana melalui stesen tv Al-Jazeera. Hampir jam 230 am 3 julai maka keluarlah berita rasmi Presiden Mursi digulingkan oleh tentera. Abdul Fatah As-Sisi, Menteri Pertahanan yang dilantik oleh Mursi muncul bersama-sama dengan pimpinan gerakan tamarrud-rebel mengumumkan berita yang mengejutkan ini. Mesir menambah satu lagi koleksi sejarah selepas Firaun, Namrud dan Qarun iaitu Abdul Fatah As-Sisi adalah jeneral tentera pertama yang menjatuhkan presiden yang dipilih oleh rakyat dengan jalan demokrasi yang diiktiraf oleh negara dan badan-badan dunia. Sejurus selepas penggulingan kuasa ini As-Sisi telah mengumumkan bahawa perlembagaan digantung buat sementara waktu, pelantikan presiden sementara dan dipercepatkan pilihanraya presiden.

Kejatuhan Mursi tidak akan berlaku melainkan dengan sokongan pihak tentera dan gerakan massa daripada rakyat bawahan. Pihak tentera khususnya yang berpangkat tinggi walaupun masih dilihat tergugat cengkaman mereka selepas kejatuhan Hosni Mubarak tetapi mereka hanya menunggu peluang yang baik untuk menunjukkan wajah mereka yang sebenar. Akhirnya peluang itu datang apabila gerakan tamarrud digerakkan oleh Ketumbukan Menyelamatkan Revolusi yang diwakili oleh parti-parti sekular, nasionalis dan kumpulan upahan Islam berjaya mengupah orang awam biasa yang mudah termakan dengan umpan wang ringgit yang sedikit kerana kesempitan hidup, mereka keluar di dalam himpunan dan demonstrasi dalam masa yang sama disokong oleh media upahan yang membesar-besarkan protes ini. Padahal himpunan penyokong Morsi lebih ramai jika dibandingkan dengan himpunan yang dilakukan oleh golongan tamarrud ini.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak tentera ini menimbulkan berbagai kemungkinan senario politik yang berlaku di Mesir samaada ianya akan bertambah reda dengan penyertaan pelbagai pihak untuk merangka pelan politik pasca kerajaan pimpinan Mohammad Mursi atau ianya akan berubah menjadi semakin parah dengan pertembungan antara penyokong Mohammad Mursi dan kalangan pembangkang dan lebih bahaya lagi ianya boleh membawa kepada pertempuran berdarah di wilayah-wilayah yang banyak dipengaruhi oleh golongan Islam yang banyak ditindas oleh pihak tentera sejak dari zaman berzaman.

Rampasan kuasa yang berlaku di Mesir ini bukanlah perkara baru, ianya pernah berlaku di Algeria pada awal 1990 an apabila parti Islam FIS menang dalam pilihanraya, pihak tentera ambil alih kuasa dan pimpinan FIS dipenjarakan seperti Abbasi Madani, Ali Belhadj dan lain-lain lagi. Begitu juga ianya pernah berlaku beberapa kali di Turki antaranya ketika parti Refah yang diketuai oleh almarhum Nejmuddin Erbakan mengambil alih kuasa pihak tentera masuk campur dan kerajaan pimpinan parti Refah digulingkan. Akan tetapi tindak balas pihak tentera menggulingkan Mohammad Mursi di Mesir ini berbeza kerana beberapa sebab antaranya:


1- Kuasa yang diperolehi oleh golongan Islam samaada gerakan Islam yang sederhana iaitu Ikhwan Muslimun melalui sayap politiknya parti Hurriyyah wa Al-‘adalah-Freedom and Justice atau yang mengikut aliran-aliran yang lain dalam pilihanraya yang diadakan pada tahun lepas seolah-olah mutlak bukan sahaja menguasai parlimen bahkan juga Majlis Syura dan Presiden yang dipilih juga adalah calon daripada Ikhwan Muslimin. Pengaruh Ikhwan Muslimun di dalam tampuk pemerintahan ini sangat dibimbangi oleh Israel dan Amerika Syarikat dan ianya juga dilihat boleh menggugat negara-negara Arab lain khususnya negara Teluk yang diperintah oleh sistem beraja yang mutlak dan menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat. Ini adalah kerana Ikhwan Muslimun adalah Gerakan Islam paling lama yang sudah bertapak lebih daripada 80 tahun dan paling berpengaruh yang mempunyai cabang-cabang di seluruh negara Arab.

2- Kedudukan Mesir yang begitu strategik di dunia Islam samaada dari sudut ketenteraan, sosial politik dan geografi politik. Negara Mesir adalah antara negara yang mempunyai jumlah penduduk Islam teramai di negara Arab khususnya di kalangan Ahl As-Sunnah. Di tambah lagi dengan kedudukan geografinya yang begitu strategik, bersempadan dengan Israel dan juga Gaza yang dikuasai oleh kumpulan Islam HAMAS. Kewujudan Terusan Suez juga adalah yang menjadi penghubung laluan kapal-kapal dari seluruh pelusuk dunia juga memainkan peranan yang penting ditambah lagi dengan kesuburan tanahnya khususnya delta sungai Nil yang menjadi sumber pertanian yang besar.

3- Di sepanjang sejarah kebangkitan Islam, Mesir memainkan peranan yang sangat signifikan ketika umat Islam berada di saat-saat yang cemas dan genting. Pembebasan Baitul Maqdis dari tangan Salibiyyin oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi bermula di Mesir iaitu setelah baginda mengambil alih pemerintahan kerajaan Fatimiyyah dan akhirnya berjaya menyatukan umat Islam sehingga berjaya membebaskan Baitul Maqdis pada tahun 583 hijrah. Begitu juga Ketika kerajaan Islam Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad dibadai oleh bala tentera Tatar, seolah-seolah kerajaan Islam sudah berkubur, ribuan umat Islam dibunuh, masjid-masjid dimusnahkan dan kitab-kitab dijadikan jambatan di atas sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya bertukar menjadi hitam. Lalu Sultan Qutuz yang merupakan salah seorang sultan daripada kerajaan Mamalik yang berpusat di Mesir memimpin umat Islam dan mengalahkan tentera Tatar di dalam peperangan Ain Jalut pada tahun 658 hijrah.
Maka di atas dasar ini tidak mungkin samasekali Amerika Syarikat akan berdiam diri dengan perkembangan yang berlaku. Ini juga berkait dengan masa depan negara haram Israel yang begitu tertekan dengan penguasaan golongan Islam di Mesir yang sudah tentu memberikan kekuatan kepada kerajaan HAMAS di Gaza yang menjadi duri di dalam daging kepada Israel. Ringkasnya sesuatu mesti dilakukan untuk menyekat ‘bahaya’ ini.

Setelah berlalunya revolusi 25 Januari yang menjatuhkan Hosni Mubarak dan kemenangan golongan Islam di dalam pilihanraya yang diadakan khususnya kemenangan Dr Mohammad Mursi sebagai presiden, tiada siapa yang menjangka akan berlaku satu lagi revolusi. Seolah-olah semuanya berjalan dengan baik kerana inilah jalan demokrasi, pihak yang kalah mestilah menerima kekalahan walaupun sepahit mana sekali pun tetapi apa yang berlaku mendedahkan wajah sebenar golongan Sekularis, Libralis dan Nasionalis yang tidak boleh menerima samasekali kemenangan golongan Islam. Demokrasi bagi mereka tidak boleh diterima jika sekiranya golongan Islam yang menang, mereka tidak akan berdiam diri kerana mereka tahu mereka disokong oleh kuasa-kuasa besar, inilah sikap hipokrit negara-negara Barat yang kononnya bertuhankan kepada Demokrasi. Setelah Dr Mohammad Mursi disingkirkan tidak ada negara yang mengecamnya melainkan Turki dan beberapa badan seperti Kesatuan Afrika. Mereka yang paling gembira ialah negara-negara Arab Teluk khususnya Arab Saudi dan UAE yang tidak berselindung langsung kegembiraan mereka dengan kejatuhan Mursi dan kerajaan pimpinannya, senada dengan kenyataan di dada akhbar-akhbar utama Israel yang menghemburkan pujian kepada As-Sisi kerana berjaya menggulingkan golongan Islam daripada tampuk pemerintahan.

Pada hari ini genap seminggu rampasan tentera di Mesir, keadaan masih kucar kacir, Adly Mansour presiden sementara yang dilantik masih lagi gagal untuk membentuk kerajaan sementara. Penyokong-penyokong Morsi memenuhi dataran-dataran di seluruh Mesir dalam masa yang sama mereka yang menyokong penyingkiran Morsi semakin surut kewujudan mereka di Dataran Tahrir. Puluhan penyokong Morsi dibunuh dengan begitu kejam ketika mereka menunaikan solat subuh ratusan lagi yang tercedera. Pihak-pihak yang bergabung di dalam gabungan Ketumbukan Menyelamatkan Revolusi pimpinan Mohammed El-Baredai dan lain-lain lagi makin tidak sependapat dengan pelan yang digariskan oleh pihak tentera. Berpuluh-puluh pimpinan Ikhwan Muslimun ditahan dan dipenjarakan, yang masih kekal bersama-sama dengan orang ramai menyatakan bahawa mereka tidak berganjak sehingga kuasa dikembalikan kepada Mursi. Al-Ustaz Mohammad Badi’, Mursyid Ikhwan Muslimun menegaskan bahawa rakyat yang berhimpun dengan aman lebih berkuasa daripada peluru-peluru hidup dan kereta-kereta kebal, kenyataan yang memberikan gambaran revolusi di bumi Mesir belum lagi berakhir.


*Penulis adalah Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia

Khalil Abdul Hadi, 11 Jul 2013
Sumber HarakahDaily

4.7.13

Kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, 4 Julai 2013 – Satu Analisa

 
Hari ini 4 Julai 2013 – Khamis (Waktu Malaysia), Presiden Mesir iaitu Mohamed Morsi telah dijatuhkan oleh pihak tentera sejak kebangkitan rakyat bermula beberapa hari yang lalu. Tempoh pemerintahannya adalah boleh dikira genap setahun selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir pada 30 Jun 2012 selepas kejatuhan rejim Husni Mubarak yang memerintah Mesir lebih daripada 30 tahun. Dimanakah silapnya kejatuhan Presiden ini yang merupakan ahli sayap gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang diharapkan membawa sinar baru dengan agenda Islam untuk memerintah Mesir?

Sememangnya terdapat 3 kuasa yang dapat menjatuhkan Kerajaan bagi sesebuah negara iaitu i. pelajar sepertimana yang berlaku di Indonesia yang menjatuhkan rejim Suharto ii. rakyat sepertimana yang berlaku di Mesir yang menjatuhkan rejim rejim Husni Mubarak dan iii. Tentera sepertimana yang berlaku di Pakistan di mana Nawaz Syarif dijatuhkan oleh pihak tentera. Pada kali ini, kes (iii) berlaku kepada Mohamed Morsi iaitu apabila beliau digulingkan oleh tentera walaupun beliau sebelum ini mengatakan beliau akan mempertahankan jawatan beliau yang dipilih melalui demokrasi.

Sudah tentu apa yang pasti kejatuhan Morsi pada kali ini sememangnya dimainkan oleh negara-negara barat khususnya Amerika Syarikat walaupun ia adalah sukar untuk dibuktikan melalui hitam dan putih. Sewajarnya umat Islam perlu berhati-hati dengan agenda Barat yang sentiasa meniupkan api permusuhan di kalangan umat Islam. Sememangnya musuh-musuh Islam ingin melihat kejatuhan Islam tetapi kita sebagai umat Islam janganlah tertipu dengan propaganda Barat. Begitulah juga yang berlaku di Mesir. Adalah lebih elok kita menganalisa dengan lebih terperinci sebab-sebab kejatuhan Morsi ini berbanding dengan menyalahkan Barat semata-mata.




Penyokong Mubarak Sendiri dalam Kerajaan Morsi

Pada Pertengahan tahun 2012 ketika Morsi diisytiharkan menang dan di awal kemenangannya, Ikhwanul Muslimin pernah ditempelak kerana masih mengekalkan sebahagian penyokong Mubarak dan kelompok liberal dalam mempengaruhi pentadbirannya, termasuk cadangan pindaan perlembagaan.
Kumpulan liberal, sekular dan pembangkang berhaluan kiri melihat Morsi adalah seorang pemimpin yang gagal, kerana tidak mampu menyusun sebuah sistem pentadbiran yang cekap.

 
Tindakan yang Dilihat Pro-Amerika

Presiden Morsi juga telah menutup ratusan terowong yang menghubungkan Palestin dengan Mesir sewaktu serangan Sinai yang menjadi sumber kehidupan penduduk Gaza untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. Terowong tersebutlah yang selama ini membekalkan segala keperluan, dari makanan dan ubat-ubatan hinggalah kepada simen dan besi, yang merangkumi sehingga 75% barangan kepada 1.6 juta penduduk Gaza.

Air digunakan untuk menutup terowong dengan meningkatkan aras air dari salah satu telaga. “Mungkin sudah 150 atau 200 terowong telah ditutup sejak serangan Sinai. Ini semua berlaku di era pemerintahan Morsi,” dakwa Pegawai Keselamatan yang menjaga di Sinai.


Faktor Ekonomi
Mohamed Morsi yang memiliki ijazah sarjana dari Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha mengatur semula Mesir dalam pelbagai bidang khususnya politik dan ekonomi. Namun, pembaharuan yang ingin dilaksanakan oleh beliau mempunyai halangannya tersendiri kerana beliau mewarisi negara daripada Hosni Mubarak yang ekonominya diselaputi 1,001 masalah akibat sikap tidak amanah para pemimpinnya terdahulu.

Jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Cukai dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.

Mesir juga ada gas tetapi Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak sebelum itu hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika.

Gerakan Ikhwan Muslimin dan Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) pemerintah Mesir telah melancarkan kempen 'Bersama bangunkan Mesir' yang menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma, memulihkan sekitar 2,000 buah sekolah dan mewujudkan pasar murah bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga barang.

Malangnya, beliau gagal menguruskan ekonomi yang sebenarnya berpunca daripada sumber kewangan yang tidak mencukupi. Apabila gagal mendapat pinjaman, bantuan kewangan daripada dana pemegang tabung antarabangsa, ia telah membantut proses pemulihan ekonomi. Bantuan kewangan daripada tabung kewangan yang dikawal oleh Amerika Syarikat diperlukan bagi memulihkan negara itu yang musnah dalam rusuhan besar selama beberapa bulan terakhir semasa pentadbiran Mubarak. Kesannya, proses menjana kekayaan telah gagal, maka menyebabkan jumlah rakyat miskin semakin besar dan setiap hari dikatakan bertambah.                                           .

Tambahan pula pembangkang di Mesir memainkan isu ekonomi dengan  mendakwa tempoh enam bulan di bawah pemerintahan Morsi, ekonomi negara itu semakin buruk dan rakyat semakin menderita. Sesuatu yang amat malang bagi pemerintah Mesir apabila mereka terpaksa berhadapan dengan puak yang tidak sabar seumpama itu. Ini memberi modal kepada Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) yang mendesak supaya revolusi kedua dilancarkan bagi memberi tekanan kepada kerajaan Morsi memenuhi tuntutan mereka dan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh Mesir. Sudah tentu ini tidak adil bagi Morsi yang baru mewarisi negaranya dalam keadaan kucar-kucar di bawah pemerintahan Husni Mubarak selama 30 tahun. 

Masalah ekonomi Mesir, sebagaimana masalah di dunia Islam lainnya, ialah, ia dikawal oleh sekumpulan kecil golongan elit (para Kapitalis). Apabila golongan elit mengawal ekonomi, mereka menggunakan kuasa mereka untuk mewujudkan monopoli dan menyekat kemasukan orang-orang baru dan syarikat-syarikat baru. Inilah hakikat keadaan ekonomi Mesir sejak tiga dekad berada di bawah Hosni Mubarak. Ikatan besar ekonomi dipegang oleh kerajaan dan pihak tentera – dianggarkan sebanyak 40%. Walaupun mereka melakukan liberalisasi ekonomi, mereka menswastakan pula sebahagian besar sektor ekonomi kepada kroni-kroni Mubarak dan anaknya, Jamal. Ahli-ahli perniagaan besar semuanya sangat rapat dengan rejim, seperti Ahmed Ezz (bidang besi dan keluli), keluarga Sawiris (bidang multimedia, minuman dan telekomunikasi) dan Mohammed Nosseir (bidang minuman dan telekomunikasi). Mereka bukan sahaja mendapat perlindungan daripada kerajaan, malah mendapat banyak kontrak kerajaan dan pinjaman bank dengan jumlah yang besar. Secara bersamaan, para Kapitalis raksasa ini dengan kekuatan ekonomi luar biasa yang mereka miliki, telah memberikan keuntungan yang tidak pernah putus kepada rejim dari dalam dan dalam masa yang sama menyekat peluang sebahagian besar rakyat untuk keluar dari kemiskinan. Sedangkan keluarga Mubarak berseronok dengan himpunan kekayaan mencecah sehingga $70 billion.




Meminta Bantuan IMF

Di peringkat domestik, Morsi boleh mendakwa bahawa pembangkang tidak memberikan masa yang cukup kepada kerajaannya untuk menyegerakan proses pembaharuan yang akan memulihkan ekonomi Mesir, mengembalikan undang-undang dan ketenteraman dan memperbaiki kehidupan rakyat Mesir selepas 6 bulan memerintah Mesir. Hakikatnya, reformasi ekonomi yang ingin dijalankan itu digubal di bawah naungan IMF yang menetapkan bahawa kerajaan Mesir perlu menyemak kembali agenda ekonominya untuk melayakkan dirinya mendapat pinjaman sebanyak $4.9 bilion.
 
Strategi Morsi untuk menyelesaikan masalah ekonomi ialah dengan mengambil pinjaman IMF sebanyak $4.9 billion! Perdana Menteri Mesir, HeshamQandil menggambarkan pinjaman yang kena dilangsaikan dalam masa 5 tahun dengan faedah (riba) sebanyak 1.1% itu sebagai “good deal for the country” (urusan yang baik untuk negara)! Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menyembunyikan kebenaran dan dalam kenyataan berikutnya nampak jelas pertentangannya di mana terdedahnya salah satu syarat yang dikenakan oleh IMF, yakni memaksa kerajaan Morsi untuk mengurangkan perbelanjaan yang terkait dengan menjaga hal ehwal rakyat Mesir. Hesham berkata, “Ia adalah satu program kerajaan Mesir, yang akan memotong (mengurangkan) perbelanjaan dan mengambil langkah-langkah perlu yang lain.”

Suatu yang maklum bahawa langkah-langkah lain yang dimaksudkan adalah menaikkan cukai, menaikkan harga barang-barang keperluan utama dan mengambil pinjaman selanjutnya dari institusi-institusi lain, yang kesemua ini akan membuat rakyat semakin menderita dan menambahkan lagi kesengsaraan mereka.Akhbar Financial Times telah mengesahkan langkah-langkah ini. Pada 22 Ogos 2012, akhbar itu menyebut, “IMF mahu Mesir menggariskan rancangan untuk mengurangkan defisit belanjawan dengan mengukuhkan cukai dan memotong belanja sektor awam yang mahal, termasuk subsidi bahan bakar dan subsidi makanan.Mesir juga perlu mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan yang lain sebagai sebahagian daripada terma pinjaman.”

Penutup

Dapat diperhatikan bahawa faktor utama kejatuhan utama Kerajaan pimpinan Morsi adalah disebabkan oleh faktor ekonomi apatah lagi ingin meminta bantuan IMF yang hakikatnya menjerut Mesir itu sendiri yang ditanggung oleh rakyatnya. Morsi boleh menggunakan sumber dalamannya sendiri untuk memulihkan ekonomi Mesir seperti cukai yang dipungut Terusan Suez, mengusahakan Sungai Nil untuk bekalan makanan bagi rakyat jelata, dan sumber-sumber lain.

Apakah nasib Mesir selepas ini selepas kejatuhan Hosni Mubarak dan Mohamed Morsi? Adakah semakin baik atau semakin buruk? Baik kita renungi kata-kata Saidinia Ali r.a. iaitu :

“Sekiranya hari ini lebih baik daripada semalam maka berbahagilah orang itu. Sekiranya hari ini sama dengan hari semalam maka sia-sialah orang itu. Sekiranya hari ini lebih buruk daripada semalam maka celaka orang itu.”

Wallhua’lam.

3.7.13

RM126.00 untuk seminggu.

Aku dah besar. Umur pun dah meningkat. Masa depan aku tak cerah sangat sebab aku
bukan golongan yang belajar tinggi sampai dapat degree lepas tu kena tipu
dengan mat despatch. Haishh...

Dunia ini penuh dengan orang. Selain orang ada juga binatang dan pokok. Yang pasti
dunia ini belum pernah temui Clark Kent sebenar.

Aku ada seorang kawan. Kawan lama la jugak. Kawan di ofis. Junior aku tapi tak jauh hanya
beberapa bulan. Kawan dia cakap kawan aku ni macam tin kosong. Luar nampak
'firm' tapi dalam sangatlah emosi. Ya memang sangat emosi. Sebab ada sekali tu aku
nampak dia nak menangis hanya membaca novel. Betul kata ustaz yang ceramah dekat
aku hari itu. Orang perempuan ni dia tak fikir logik tapi dia fikir emosi. Berbeda dengan
kaum lelaki. Tapi apa pun itu perbedaan lelaki dan perempuan.

Cuma di sini aku terkilan sedikit. Kawan memanglah kawan tetapi ada masanya perlukan
CF. Certificate of Fitness. Maksud aku sedia diduduki.



p/s: kawan kalau boleh sekepala memang best. tapi hati-hati sebab disebalik kawan anda itu
ada dunia yang hanya dia sahaja yang tahu. kalau boleh jangan ganggu dunia dia itu.

put it on the other world

kita sebagai manusia hidup saling memerlukan. kita mungkin membenci seseorang itu
namun pada hakikatnya kita tidak boleh untuk menidakkan kewujudannya dan
keadaannya. sebenci manapun kita terhadap seseorang atau sesuatu itu kita perlu
akui bahawa ia wujud kerana bersebab.

terpulang kepada diri kita sendiri yang mana kita yang berkuasa ke atas diri kita untuk
memilih perkara yang baik atau yang tidak baik. sesungguhnya tidaklah kebencian
itu akan mendatangkan kebahagian. seelok-eloknya kita cuba melencongkan perasaan
itu kepada positif. bagaimana melakukannya? terpulanglah kepada anda kerana
anda yang berkuasa terhadap diri anda sendiri.


31.5.13

Penjimatan Yang Melampau

Blogger Makanan, Jack Monroe terpaksa hidup pada bajet apabila dia kehilangan kerja dan terpaksa memberi makan kepada dirinya dan anaknya pada £ 10 (RM45.78) seminggu. Jack telah lakukan dengan baik dan menakjubkan. Antara resipi yang diketengahkan beliau termasuk beras berdaging sayur-sayuran pada 12 pence (RM0.55) lobak merah, jintan putih dan buah pinggang kacang burger pada 9 pence (RM0.41) wain merah dan cendawan risotto pada 36 pence (RM1.65) dan sayur-sayuran masala kari pada 30 pence (RM1.37).



Jack Monroe.

Adakah anda dapat hidup RM45 seminggu? Ia akan menjadi satu eksperimen yang menarik.




Kurt Varner.

Kurt Varner telah dipaparkan di Inc.com untuk menjadi 'permulaan di Silicon Valley.' Varner mempunyai impian yang besar tetapi untuk menyelamatkan wang dia tidak membeli rumah, dia memilih untuk tinggal di dalam kereta. Kurt Varner dan rumah keretanya. Berbekalkan sebuah beg pakaian, keahlian gimnasium 24 jam dan kepercayaan beliau kepada Honda Civic, Varner menuju ke Lembah Silikon untuk mencapai impian beliau. Kereta beliau telah ditinted untuk privasi dan dilaras untuk menawarkan ruang yang cukup untuk beliau membolehkan beliau tidur, walaupun tidak sangat-sangat selesa. Keahlian gimnasium 24 jam (USD $ 39; RM117.72) memberinya tempat untuk mandi dan menggunakan tandas apabila dia perlu dan ruang kerja yang umum di Hacker Found (pusat komuniti dengan internet, kemudahan menyediakan makan, ruang kerja dan sosial) yang beliau bayar AS $ 100 (RM301.846) sebulan. Dengan simpanan yang dikumpul, Varner boleh dengan mudah menyewa sebuah bilik motel atau pangsapuri murah tetapi beliau merasakan bahawa  beliau akan rugi. 


Adakah anda fikir anda boleh hidup daripada Proton Preve baru anda, mencari barangan di tong sampah di belakang pasaraya AEON atau makan hanya RM5 sehari? Ia pasti 'cahaya' baru kepada mereka yang bermaksud untuk benar-benar berjimat.


Di baca dari Yahoo News.