28.3.12

kau akan marah kalau kau kerja dengan orang sengal...kan?



kalau dengan orang kau boleh perli ke maki ke. tapi bende ni bukan orang.
BABAB!

Skyfall

gua ni minat cerita james bond atau orang eropah panggil double zero seven.
dari last filem dia pada tahun 2008 sampai sekarang gua tunggu cerita baru 007 ni.
gua teringat lalu gua google.

Filem terbaru 007.

Tajuk: Skyfall

Tarikh jangka tayangan : Disember 2012 (US). Kalau kat Malaysia mungkin awal 2013.

Pelakon: Daniel Craig dah tentu Mr. Bond dengan Judy Dench sebagai M. yang lain-lain tu korang
              gugel la sendiri.

Direktor: Sam Mendes

Length: Tak tau.

Box Office Target: 200,000 us dollar.

Last Movie: Quantum Of Solace (2008). Dah 4 tahun den tunggu. Macam tunggu
                  World Cup pulak. Hampeh!

kadang-kadang

post kadang-kadang ni dah jadi satu trend aku. kadang-kadang kalau aku rasa emosi
aku akan tulis dengan title kadang-kadang. kadang-kadang bila aku rasa nak luah idea
aku tulis dengan title kadang-kadang. kadang-kadang kalau aku nak tulis dengan bernas
aku akan guna jugak kadang-kadang. kadang-kadang macam ni la.

kali ni aku terfikir pasal apa yang lalu semalam. semalam selasa 27 mac 2012.
kalau korang baca benda ni hari sabtu maknanya bukan semalam la. korang dah besar.

aku nak cerita pasal anugerah. aku nak memahami kenapa perlu anugerah. apakah
semua perlu anugerah. tak kiralah anugerah macam mana pun tapi untuk apa anugerah itu
kepada penerima, pemberi dan orang yang tengok je.

anugerah diberi atas sebab pencapaian seseorang atau kumpulan apabila mencapai satu tahap
yang boleh dipanggil 'expert' atau kemahiran yang sangat sangat sangat bagus. tiga kali sangat tu
maknanya bagus sangat la.

tak kira la anugerah yang korang tengok dekat tv tu ke, aim ke abph ke ajl ke entah apa-apa
anugerah lain lagi. semuanya sama. pasal anugerah-anugerah artis ni malas la aku nak komen.
main bola kawin dengan artis. bola entah kemana famili pun..hmmm...aku dah ke laut ni.

tapi apa manfaatnya anugerah itu kepada si penerima? pendapat aku, kalau aku terima anugerah aku
cuma nak 'benefit' dia saja. maksud aku kalau anugerah itu diserta dengan wang tunai 10k. aku nak
10k tu saja. sijil pun dah cukup untuk pengiktirafan. tak perlu grand stand serta gambar-gambar.
sebenarnya anugerah ni satu beban pada pandangan aku. kita tak buat apa-apa yang extra-ordinary
tapi kita maintain diri kita dan tak melakukan kesalahan-kesalahan besar. kita diberi anugerah dan
diraikan bagai. esok keluar berita cerita buruk pasal kita yang taklah buruk sangat tapi diburuk-burukkan.
apa anugerah yang kita dapat tu boleh buat 'cover'? haram mulut orang mana boleh control.
mind set dan menteliti masyarakat yang 'average' mesti korang fahamkan.

so, kalau dah dapat anugerah tu kena la pula tahan lubang telinga kita ni. apa yang orang expect semua
yang molek dari kita. aku rasa nak baling je batu kat orang macam tu. don't expect goodness from others
if you yourself did not make good thing to others.

15.3.12

aktiviti mahal memang best

Baru-baru ini aku diarahkan untuk buat satu aktiviti sukan untuk kesatuan jurubasa.
Tuan Presiden memberi idea untuk buat aktiviti ekstrem dan memilih sukan
paintball. Jadi aku diarahkan untuk membuat kajian dan carian untuk sukan paintball ini.
Bila google ada yang di Bukit Jalil, Subang, Sunway Extreme Park dan Desa City.

tak boleh blah la. aku tak pandai buat ayat skema. pening memikirnye.

jadi kesimpulannya main paintball ni best dan tak ada la sakit mana pun.








baru je sampai. tokey kedai datang sambut.



briefing by adiman sambil makan



team lauk. sorry. nasib baik main 3 round
kalau 10 round kena la 10-0



team power. susah nak dilaukkan terutama yang baju cokelat
no 2 dari kiri tu. power rangers.




ready! 10 second! MASK ON!



team lauk di beri short brief cara-cara untuk main kotor. hehehe



biar kena tembak dekat mask, janji
muka ada senyum



march on!!!






apa pun game pada hari itu memang best. kalah menang tak kisah. tapi kalau lauk teruk la. hahaha
lain kali main lagi.

7.3.12

tak pernah rasa begini

kadang kadang kita tak perasan yang sesuatu benda itu amat
kita perlukan. ianya ada di samping kita sentiasa. cuma
kita buat endah tak endah saja.

aku baru kehilangan telefon bimbit blackberry. hilang bukan maksud curi
tapi cuma hilang. selama ini aku tak sangka yang blackberry (bb) aku ni amat
aku perlukan. bukan sebab untuk sms, bbm atau call semata mata.
tapi ia lebih dari itu.

pengalaman. selama setahun aku menggunakan bb. banyak benda aku belajar
dan banyak benda yang aku tahu. bb buatkan aku lebih pantas berhubung.
lebih mudah mengakses emel dan jarang sekali line putus.

aku ni dah macam jurucakap RIM untuk blackberry pulak.

tapi sebenarnya kehilangan hp aku ini amat membuatkan aku sakit kepala.
tak pernah aku rasa se-tension begini. seperti ada buaya yang sedang
kejar aku ketika aku berenang. bayangkan la. tak ke tension tu.

aku sangat sangat terkilan bila kenangkan gambar gambar yang aku ambil
dari hp tu. semua itu tak akan berulang lagi. paling sedih bila nombor
nombor dalam tu tak dapat di-retrieve kembali. terutama sekali bila aku tak
ingat nombor hp awek aku. damn!!!

aku hairan juga, kenapa selama ni aku tak pernah rasa sakit kepala begini
hanya semata mata pasal satu benda yang hilang. aku pernah hilang motor,
pernah hilang duit, pernah hilang terun...ehh kelaut ni tapi semua itu
tak seperti aku hilang bb ini. sekian.

Sent from my iPad