27.2.13

Cerita Latip - Episod 1.


“Tolonglah, aku bukan tak nak makan. Tapi aku masih kenyang.” kata Latip. Dalam pada masa yang sama Latip menggigit epal hijau yang dipegangnya. “Ala, kalau kau tak nak makan kau teman la aku makan…jom la Latip.” pujuk Seman. 

Seman sangat lapar dan ingin makan kerana dari pagi sampai la ke petang Seman hanya minum air kosong sahajah, malangnya pula di rumah tak ada langsung simpanan makanan seperti Maggi atau pun Mi Sedaap. Latip mengeluh “Huh…baiklah baiklah. Aku pun boleh lepak minum. Dahaga juga minda aku ni.” “Sekurang-kurangnya dapat juga tengok tv kat kedai nanti.” tambah Latip.

Sampai sahaja di kedai makan yang dituju mereka berdua duduk di meja yang menghadap tv. Betul-betul depan tv besar. Seman memesan Nasi Goreng Kampung serta Telur Mata dan Sup Kosong. Air pilihannya pula air Sirap campur Soda. Latip pula memilih air Barli dan Nasi Putih serta Tom Yam Ayam. Maka mereka berdua pun makanlah dengan rasa hati yang gembira.

No comments:

Post a Comment