11.4.11

patut ke aku buat macam ni..

" kalau kau tak nak dia melepas baik kau bagitau dia cepat" sergah kawan aku sorang
"aku dah buat la" jawab aku dengan selamba

aku tak tahu la dimana silapnya hubungan aku dan dia.
pada permulaannya pun tak mudah..ada saja halangan dan gangguan.
kemudian semuanya jadi baik.aman tenang dan lancar.
aku memang dah jatuh hati lama dengan dia.bukan sebulan aku kenal dia.
bukan dua tiga empat bulan tapi dua tahun.
barulah dia merelakan hatinya untuk bersama hati aku.

aku tak mahu cerita lagi.ianya akan buat aku bertambah sakit.
aku tak mahu kehilangan dia.aku cinta dia aku sayang dia.
oh Tuhan.

aku kembali seperti dahulu.aku mula bersujud.apakah bila tiba waktu sukar baru aku nak ingat kepada Nya.
kali ini aku benar berjanji kepada diri aku.
aku harap aku tidak ingkar kepada Nya

sayang kaulah satu satunya yang aku cintai.
kaulah yang pertama dan kau jualah yang terakhir.
sayang sekiranya aku membuat hati kau terguris, sayang kau gurislah diri ini dengan pisau
sayang sekiranya aku membuat kau marah, kau lemparkanlah kata kata marah itu pada diri ini
sayang sekiranya aku membuat kau menangis, kau percayalah bahawa hati ini lemas dalam tangisan mu
sayang, aku rela korbankan apa saja untuk mu.

...hati ku dah tak tertahan lagi.

No comments:

Post a Comment