7.9.11

Geram dengan orang lain?

"klik"
suis tv dipasang. rebahkan punggung ku di sofa
yang boleh dikatakan usang. menunggu masa untuk dibuang.
tv menyala tapi tak ditonton.

aku sibuk memikirkan seseorang.
seseorang yang korang kenal kalau korang pembaca blog aku.

kali ni aku bukan nak mengungkit kisah-kisah lama.
cuma kali ni aku rasa lain sikit. sebab puasakan so aku rasa
lapar sikit.

mengingati si dia membuatkan aku suram, malap, gelap, hilang.
dia yang pernah aku tunggu sekian lama, menjadi kenyataan sekadar sebulan saja.
aku jadi gila kemudiannya selama ini, hingga kini. aku tak salahkan dia.
aku salahkan kawan kawan aku sebab dia orang semua ada "teman" masing
masing so aku tak boleh mencipta budaya gay. just joke!

selama ni aku hanya mengharapkan yang dia akan membuka kembali pintu kereta aku
dengan plan untuk menonton wayang, pergi manicure pedicure, makan.
*ayat merapu*

selama ni aku hanya mengharapkan yang dia akan membuka kembali pintu hatinya untuk
aku dan hubungan yang lalu. sehingga kini aku masih menanti tapi...
*ayat dari hati*

setelah sekian lama ni dia tidak memberikan apa apa harapan yang hubungan aku dan
dia akan kembali terjalin. hampir lapan bulan aku menanti. korang boleh bayangkan
sendiri bagaimana perasaan aku. dan bagaimana perasaan ini makin hari makin menipis.

bukanlah kerana aku mencari atau mempunyai yang lain. tidak sama sekali.
tapi bila aku memikirkan aku telah melakukan yang terbaik yang mampu diri aku buat.
aku akui aku tidak sempurna. apa yang aku rasa kini kenapa aku tidak menjadi seperti yang lain. lupakan sahaja. yang lepas biar berlalu. yang baru akan tiba. new is better. right?

tak boleh. kau orang lain, aku lain. perasaan semakin menipis tapi dia tak tahu bila aku
pergi ke tempat yang kita pernah pergi bersama aku jadi sangat tak selesa. cemburu sana sini bila melihat pasangan lain. sedih bila lihat pasangan lain happy.

No comments:

Post a Comment