20.1.12

cinta tiga segi

aku tak tahu apa yang aku patut cakap. tangannya digenggam erat.
aku terkedu bila mendapat tahu yang dia terpaksa bersama dengan orang lain.

orang lain yang tak berapa lain itu adalah kawan aku sendiri. kenapa
hal ini boleh berlaku berkali-kali dalam hidup aku. aku cuma inginkan
seseorang yang kekal bersama aku hanya kerana aku.

"kenapa sayang? kenapa tidak dari dulu lagi sayang beritahu?" tanya ku dengan sabar.
dengan senang dia balas "janganlah panggil sayang lagi. ini semua hanyalah
satu mimpi. aku memang tidak langsung sukakan kau"

aku tak sangka dia mendampingi aku hanya kerana mahukan rakan baik aku.
semua ini satu penipuan yang terancang. kawan aku dengan angkuh mengejek
aku dengan kata-kata yang menusuk kalbu. sanggup dia samakan aku dengan
lembu, beruk dan sikan keli. aku tak tahu kenapa kawan baik aku sendiri
sanggup lakukan.

"aku dah pun mengandung. anak ini adalah anak kawan baik kau" sambung dia lagi
kali ini dengan senyuman sinis. alangkah sebak hati aku. hancur bagai daun reput
yang dibakar. aku tergamam. lidahku bagaikan putus untuk berkata-kata.

aku lepaskan tangannya. dia mendongakkan kepala ku dengan dua jarinya
dan berkata "kau main tak sedap"

rupa-rupanya selama ini lagu-lagu yang aku mainkan untuk dia tak sedap.
aku bukan aqasha nak nyanyi lagu 'gigigit cuping telinga kecil mu'
aku minat 'alternative rock'. jadi aku mainkan lagu-lagu seperti
rhcp, nirvana, dan juga lagu-lagu gay seperti elton john dan eminem.

2 comments:

  1. apa ko merepek ni labu...? ko ni pening sbb duit dh banyak ke...? klu byk sgt, meh sini bg akak sket.

    ReplyDelete
  2. ko dah try main lagu aqasha ke latip.. kesian..

    ReplyDelete