7.5.12

Fool Agains




Tak sangka benda yang sama berulang lagi.

Orang kata pisang tak berbuah dua kali. Kilat takkan sambar tempat yang sama.
Ahh..semua tu orang yang cakap. Realiti yang berlaku adalah kontra kepada
cakap orang. Kalau ada orang cakap kau muka kemek. Maknanya muka kau hensem
gila. Kalau orang cakap mulut kau berbau maknanya mulut kau memang berbau. Kalau
orang kawin dan hidup bahagia maknanya kau belum bahagia.

Di atas tu banyak yang tiada kaitan dengan apa yang aku nak cerita.

Dengan selamba aku cakap aku patah hati atau lebih macho, aku bahagia.
Gila ke apa? Patah hati ke bahagia?

Nak cakap macam mana pun aku tak tahu. Aku sangat-sangat kecewa dalam masa yang
sama aku dah dapat jawapan kepada persoalan selama ini.

Hal ini aku dapat lihat dari mula lagi. Dari mula-mula berkenalan aku dah merasa
kurangnya komunikasi. Bertahan selama hampir 9 bulan. Kalau mengandung dah
beranak kot. Dalam 9 bulan ni apa yang aku dapat hanya alasan. Alasan yang
tak pernah logik dek akal tetapi diterima oleh hati.

Tak pernah aku merasa bodoh sebegini dan ini adalah sangat mengecewakan.
Kau memberi alasan bahawa keadaan kau dan sekeliling kau yang membuatkan kau
ambil keputusan ini. Pada aku tidak. Ada perkara lain disebalik alasan mu itu.

Apa pun aku hormati keputusan kau.

Sebelum itu marilah layan sebuah lagu dari Westlife. Fool Agains.



can't believe that I'm a fool again
I thought this love would never end
How was I to know
You never told me
...I guess it's over...

PS: gua biasa dengan rock je tapi nak buat macam mana. ikut kesesuaian keadaan dan inilah keadaan sekarang. haha gampang!!!

1 comment:

  1. jadinya buat kali kedua ini ko bercinta dengan org sama la? hikhik. chill la, rilek. kalau sengsara sebelum kawin nescaya ko akan bahagia selepas kawin...

    ingat petua aku nih

    ReplyDelete