31.5.12

patah tumbuh hilang berganti mana nak sama dengan yang seorang. jadi marilah kita menunaikan zakat kerana zakat menyucikan harta. rezeki yang halal adalah tuntutan Islam.

kadang-kadang aku terfikir juga kenapa selalu tak cukup duit. sedangkan gaji aku cukup.
walaupun dulu aku berfikiran singkat sesingkat skirt wonder girls dimana aku membuat
personal loan atau dalam bahasa melayunya pembiayaan peribadi atau
dengah mudah pinjam ah long bersyarikat.

ye. sesiapa yang telah membuat pinjaman peribadi tanpa keperluan kritikal akan menyesal
selepas 3 tahun bayar baki pinjaman dan rasa macam nak makan megi setiap hari.
aku pun tak tau kenapa sekarang mudah sangat untuk buat loan dan approve pun
mudah. bak kata kawan rumah aku yang bekerja sebagai agen ah long.

" ko kerja ape? kerja goverment? bak sini payslip ko. ok ni jumlah ko boleh pergi. 90%.
ko boleh dapat sampai 100k. bayaran murah je."

phuiit.. ko nak buat ape 100k tu? nak beli lamboghini merciurlargo? nak wedding macam
datuk K? gila ape. bayaran murah ke tak nanti bila ko mula mula dapat loan happy la.
rasa cam baru kawen 4. lepas 3 tahun ko bayar baru ko rasa macam ko kawen 4
lepas tu setiap seorang bini ko beranak 5 kembar seiras. haaa..mampus ko.

perkara ini adalah salah satu sebab kenapa berlaku krisis dalam keluarga. bila anak bini tak
dapat cukup makanan pakaian bapak kena kerja lebih. kerja sampai lewat malam. bini tak dapat
kepuasam sebab laki selalu balik lewat. bila balik anak anak dah tidur. bina nak, tapi laki
dah tak larat. maka pincanglah institusi sesebuah keluarga itu.

tapi aku nak cerita kenapa aku selalu rasa duit gaji aku tak cukup. sebenarnya cukup.
cukup cukup makan sampai hujung bulan makan megi.

manusia ni ada sifat yang memang dah develop dari kecik. tamak.
dulu masa aku kecil aku masih ingat ada seorang budak ni yang mana mak bapak dia kerap
belikan dia ni mainan. mainan yang canggih dan tak canggih pun ada. mainan dia ni banyak
sampai penuh bilik tidur dia ni. kenapa tamak? aku selalu tengok dia ni kalau keluar dengan
mak bapak dia mesti minta belikan mainan. mak bapak dia ni kalau boleh tak nak la beli
tapi selalunya beli sebab tak nak anak ni meroyan depan orang ramai.

nampak tak? dari kecik budak ni apa yang dia nak dia mintak dia dapat. lama kelamaan
dia menjadi tamak. apa yang orang ada dia pun nak ada. bila dah besar dia tak
boleh minta dengan mak bapak dia lagi jadi dia usaha sendiri. usaha yang bagaimana tu?
pada tahap ini dia akan cuba untuk dapatkan sesuatu dengan cara mudah iaitu wang.
mula-mula dia akan gunakan wang yang dia ada. gaji, simpanan, pinjam kawan dan
lain-lain. lepas tu bila dah tak cukup maka bermulalah mencari "ah long".

percayalah kawan-kawan, sekali anda meminjam anda pasti ketagih untuk pinjam lagi.

dalam Islam berhutang itu halal TETAPI adakah keperluan untuk berhutang?

No comments:

Post a Comment