7.5.12

Enron, Bersih dan Politik Kita

Sabtu lepas ramai yang turun ke Dataran Merdeka untuk menyokong pasukan Malaysia menentang Sri Lanka. Berduyun-duyun orang datang dengan memakai baju berwarna kuning. Ada juga yang memakai baju warna merah dan hijau. Aku tak turun. Sayang sekali.

Jadi aku duduk di rumah sambil menonton rancangan di tv. Kena pula pihak Astro baik hati sangat bagi
siaran percuma semua saluran. Dari 101 hinggalah ke 953. Tak ke jenuh memilih tu. Aku pun klik la
satu per satu sampai nombor di butang remote Astro tu hilang.

Saluran 413. Enron: The Smartest Guy In The Room.


Logo Enron.

Apa ke jadahnya rancangan ni. Aku penuh minat ingin tahu. Aku pun menontonlah. Memang menarik.

Cerita pasal skandal di dalam Enron. Enron adalah sebuah syarikat awam yang menjalankan

Sebab sewaktu aku menonton Enron tersebut aku terfikir kaitannya dengan sebuah negara.

Enron adalah sebuah syarikat besar yang mempunyai lebih dari dua puluh ribu pekerja. Sama seperti
sebuah negara yang mempunyai berpuluh juta atau beratus juta rakyat. Isu penting ialah bagaimana
sesebuah organisasi berfungsi, diuruskan dan ditadbir.

Sebuah organisasi berfungsi untuk satu kepentingan iaitu keuntungan kepada organisasi itu sendiri.
Tetapi apabila ia diurus dengan teruk dan ditadbir dengan korupsi, organisasi tersebut akan musnah.
Sama seperti sebuah negara. Lihat Greece. Pada tahun 2004 dulu Greece megah dengan penganjuran
sukan Olimpik. Temasya sukan terbesar dunia. Hampir 10 tahun dan  kini Greece telah pun bankrap.

Aku ingin kaitkan Skandal Enron dengan kita, Malaysia atau nama baru 1Malaysia.
Mengenai politik kita
perniagaan berasaskan sumber tenaga, komoditi dan servis. Enron merupakan syarikat paling inovatif
di Amerika Syarikat pada ketika itu.

Apakah skandalnya? Apakah kesannya?

Skandal Enron ditemui pada tahun 2001 yang mana punca kebrankapan Enron Corp.
Syarikat Enron berpusat di Houstan, Texas. Kejatuhan Enron juga telah membawa kepada suatu
penemuan kegagalan terbesar dalam sejarah sistem audit di Amerika Syarikat. Iaitu firma audit Arthur
Andersan merupakan antara lima firma audit dan perakaunan terbesar dunia.
Antaranya ialah Ernst & Young, PricewaterHouse Cooper dan KPMG.

Ia juga merupakan kebrankapan terbesar di Amerika Syarikat pada masa itu.


Kenneth Lay. Pengasas Enron Corp.

Enron diasaskan oleh Kenneth Lay pada tahun 1985 setelah penggabungan di antara Hounston Natural Gas dan InterNorth. Selepas beberapa tahun, apabila Jeffrey Skilling dilantik sebagai salah seorang pekerja di Enron, dia membentuk staf eksekutif yang mencari dan menggunakan lompang yang wujud dalam perakaunan, entiti tujuan khas, dan penghasilan laporan kewangan yang tepat yang mana dapat menyembunyikan berbillion hutang yang terhasil daripada projek dan perjanjian syarikat tersebut yang gagal. Ketua Eksekutif Kewangan (CFO) Enron pada masa itu, Andrew Fastow dan beberapa eksekutif yang bertanggungjawab menyebabkan kekecamukan di dalam Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit Risiko Tinggi Perakaunan timbul dan juga mengadakan tekanan keatas Andersen untuk tidak menghiraukan isu dalaman syarikat yang berlaku.


Kejatuhan Enron bermula awal Januari 2001 sehingga Disember 2002.

Harga saham Enron, mencecah US$90 Dollar sesaham pada pertengahan tahun 2000 menyebabkan pemegang saham rugi hampir $11 Billion apabila ia jatuh mendadak kepada kurang daripada $1 pada akhir November 2001. Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran Asing Amerika Syarikat memulakan penyiasatan dan Dynegy ditawarkan untuk membeli syarikat ini pada harga panas dan apabila transaksi itu hampir dilakukan, Enron memohon untuk diisytihar bankrap pada 2 Disember 2001 dibawah Perkara 11, Kod Kebankrapan Amerika Syarikat. Dengan aset yang bernilai hampir $63.4 billion, ia adalah syarikat korporat terbesar dalam sejarah Amerika sehingga kebankrapan World Com pada 2002.

No comments:

Post a Comment