30.6.11

cry

'nanti kamu tolong hantar pada cc maznah di admin'

'ok tuan' jawab aku.

aku duduk kejap di meja aku. sambil melayari internet.
aku pun bukalah website hrmis. sebuah website
untuk kakitangan kerajaan.
bunyi macam bagus..

arahannya, siapkan skt sebelum 30 jun. huhh..bila dah
hujung bulan ni la baru nak buat.
malaysian biasalah.

aku call kau kejap. nak tanya pasal skt. aku dah lupa dan aku tak
tahu macam mana nak isi.

'hello, awak ada tak kopi original skt?' aku soal.

'kopi original tak ada, yang ada senarai tugas yang dulu tu'
jawabnya.

kami berbual pasal skt. aku dengar sesuatu yang aku pernah
dengar dulu. tangisan. kau sedih.
lantas aku soal adakah kau menangis. kau jawab tak ada.

aku amat kenali diri kau. aku tahu kau sedih, kau menangis.
aku tak fikir lagi. selepas turun dari admin aku terus ke kafe.
mencari sesuatu. aku nampak cadbury.

'berapa ni kak?'

'dua ringgit lima puluh sen' jawab kakak tu dengan nada perli.

aku seluk poket dan tarik. keluar tiga ringgit.
capai cadbury dan terus jumpa kau.

No comments:

Post a Comment