23.6.11

How..witzer

How? macam mana?

Macam mana aku nak terangkan pada dia lagi.
aku nak beritahu dia apa yang sebenar-benarnya isi hati ini.
aku tahu kita berbeza.
agama, budaya, jantina.

tapi cinta tak pernah bezakan semua itu.
ada yang bercinta dengan pasangan yang 10 tahun beza umur.
tapi bahagia hingga tak terhingga.

ada yang bercinta dengan pasangan yang lain agama.
tapi bahagia sehingga tua.

ada yang bercinta dengan pasangan sejenis.
yang ni tak bahagia. tunggu masa je bumi bergegar. kene sambar petir.
Tuhan marah.

Tapi aku nak dia tahu. aku berubah kerana dia.

"kalau nak berubah, berubah la. 'saya' tak kisah."

berubah kerana dua sebab.
kerana seseorang atau untuk seseorang.

yang penting orang itu sebab aku berubah.
sebab aku ingin selami hati dia.
sebab aku ingin kenali dia.
sebab aku ingin bersama dia selamanya.

aku tak kenal cinta sebelum kenal kau.
aku tak tau hati perempuan sebelum kenal kau.
aku juga pernah cakap "buat apa ada awek. hidup single best"

tapi realiti, single is hell!
single aku tak boleh mingle
single is not fun.
tak ada siapa yang boleh share probelem lagi.
dengan siapa lagi aku nak dinner, lunch
tengok movie sorang sorang
drive sorang sorang
wish goodnite kat facebook (gua tak la. tapi gua nampak ramai yang buat)

kadang kadang aku marah dan sedih bila ingat balik.
kek besar, drinks, smiles, fun, and the part that you hold my hand saying...........................forever

aku pun bersalah juga pada dia.
aku tak berniat nak lukakan hati siapa pun.
benda datang tak diduga.

kini semua orang bercakap pasal kita.
menganggap kita bahagia. kau mungkin bahagia.
bahagia aku hilang setelah kau katakan 'perkataan' itu.
teruk sangatkah aku pada kau?
aku yang sanggup bersabar selama ini walaupun kau pernah katakan
yang kita tak akan bersama. kau juga pernah nyatakan supaya aku tidak mengharap.
tapi aku bertahan kerana cinta. kuasa cinta.
bila kau katakan ada orang ingin melamar kau, bagai nyawa keluar dari tubuh ini.

tapi aku akur. kalau Tuhan katakan jodoh kita ini. inilah dia.
kau janganlah berahsia dengan aku. jika kau ada wajah yang lain. ceritakanlah.

kita semakin lama semakin tua. besar, dah besar pun.
dah boleh berfikir.

kata orang kita pasangan secocok. hati kita orang tak tahu.
jangan kau anggap aku tidak boleh terima kau tinggalkan aku.
aku cuma masih syayangkan kau. dan saban hari aku menanti
untuk kau kembali.



...hati kau keras. hati aku tak. aku mencari sesuatu. untuk hilangkan rindu.
dan aku harap aku tak jumpa kerana aku sayangkan kita.
aku suka kau dari dulu..




-bebelan ini keluar tanpa idea. sisi hati aku yang belum di calit ubat. masih terasa sakitnya.

No comments:

Post a Comment