16.6.11

Dulu aku ada buat entry pasal Zaed. Bengong Zaed. Nak baca?

Klik ni dia kawan aku

Kali ni untuk kau Jaboo. Sebab kau sumbat. King of sumbat.
Nak ajak pergi makan pun nak kena bagi tau ke?
Aku pergi sorang sorang tinggal kau karang baru tau.
Kebulur kau.




Perempuan kalau merajuk lama sangat memang cepatlah lelaki bosan. Pujuk 5 6 7 8 kali pun masih nak merajuk bagai aku pun sakit hati. Lempang baru tahu. Jangan expect lelaki ni boleh tahan dengan perangai perempuan macam ni. Kalau sekali sekala merajuk lepas pujuk sekali dah ok tak apa lah. Jangan sampai selalu sangat. Lama lama boleh buat gaduh. End up arguing. Masa tu dah tak boleh tolong dah relationship korang tu. Bila bila masa si dia akan cakap "I am done with you! We are over now". Masa tu jangan menangis. Sebab sikap merajuk kamu yang melampau itu.

Jaboo kalau kamu baca entry ni. Faham-faham je la. Hahaha..
So aku beri kau idea untuk pujuk awek kesayangan kamu itu.

Beri kejutan.

This is a very fun part to do. Cuba belajar masak lauk kegemaraan si dia. Kalau si dia suka ayam goreng, cepat cepat tanya mak kau tu resipi ayam goreng yang mampu buat ayah kau terliur dengan resipi mak kau sendiri - haha. Lagi lagi kalau si dia tahu kau jenis tak masuk dapur. Tiba tiba masak untuk dia. Wah wah wah. Tak ke berbunga hati si dia. Secara tidak langsung perasaan masa mula mula kapel tu dulu wujud balik tahu?
Kalau malas nak masak, kau beli je gift. Tapi aku rasa dah banyak sangat gift yang kau beri kat dia.
Try beri dia pakaian dalam. HAHAHA. Lain sikit dari biasa. Tapi zaman sekarang ni pada pendapat aku
setakat pakaian dalam tak heranlah. Kalau awek aku suruh beli panties pun aku ok je. Apa ada hal..

Kalau aku, aku suka bagi surprise. Plan baik-baik. Setkan masa tempat dan tujuan.
Then, DABOOM! Plan tak jadi. Padan muka. Tapi atleast kau trykan.
Aku suka idea masak. Masak untuk aku boleh? Masak la apa-apa.

Tak pun, kau stop je la Jaboo. Leh join aku. Jadi wingman aku. Kite sama-sama single. Kite pergi club setiap malam balik ikut Jalan Pudu. Ok? Hahaha..

Ok lah.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Salam.

No comments:

Post a Comment